Penganjuran Bengkel Kebun Bandar oleh MBSP memberi impak besar kepada masyarakat

Program tersebut adalah hasil kerjasama antara MBSP, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan URBANEST Sdn. Bhd. untuk memberikan pendedahan mengenai aktiviti penanaman sayur-sayuran.

MBSP

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Azhar Arshad mengharapkan program Bengkel Kebun Bandar yang baru-baru ini diadakan dapat memberi impak besar kepada masyarakat. Program tersebut adalah hasil kerjasama antara MBSP, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan URBANEST Sdn. Bhd. untuk memberikan pendedahan mengenai aktiviti penanaman sayur-sayuran.

Program Bengkel Kebun Bandar diadakan pada 6 hingga 13 Mac lalu di Pusat Pendidikan Hijau dan melibatkan tenaga pengajar dari universiti tempatan dan antarabangsa, serta disertai oleh seramai 26 orang peserta. Para peserta yang mengambil bahagian menerima sijil penghargaan masing-masing.

MBSP

Selain penanaman sayur-sayuran, peserta juga diajar dan digalakkan untuk menyediakan baja organik melalui sistem pengkomposan yang dapat membantu mengurangkan sisa makanan daripada dibuang sebagai sisa baki. Azhar mengatakan bahawa amalan kitar semula dan pengkomposan dalam kalangan warga Seberang Perai merupakan langkah pertama ke arah sisa sifar di kawasan pentadbiran Majlis tersebut.

See also  SAM calls for halt on mega projects until local plan ready

Malah, pengkomposan juga akan mengurangkan sampah yang dibawa dan silupus di Tapak Pelupusan Pulau Burung selain sejajar dengan misi MBSP untuk menjadikan Seberang Perai sebagai bandar raya berdaya tahan, inklusif hijau, kompetitif, dan bandar pintar dipacu oleh teknologi.

MBSP

Dalam pada itu, Prof. Madya Dr. Ing Maizatul Hayati Mohamad Yatim, Dekan Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi UPSI menyatakan bahawa MBSP merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang menjalankan kolaborasi dengan universiti dalam konteks pendidikan dan juga penyelidikan.

Beliau juga mengatakan bahawa MBSP boleh dianggap sebagai satu pusat rujukan untuk melatih dan mendidik komuniti tempatan di negeri ini. UPSI sangat berterima kasih dan berbesar hati sekiranya projek ini diteruskan.

See also  SAM calls for halt on mega projects until local plan ready

Sumber: Buletin Mutiara

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].