Kelambatan paramaedik bertindak punca kematian peserta

Kelambatan paramaedik bertindak punca kematian peserta

Paramedik lambat bertindak punca kematian seorang peserta KL Marathon Standard Chartered, Lim Wei Ji, yang jatuh pengsan ketika berlari pada dua kilometer pertama.

Paramedik lambat bertindak punca kematian seorang peserta KL Marathon Standard Chartered, Lim Wei Ji, yang jatuh pengsan ketika berlari pada dua kilometer pertama berhampiran dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur semalam.

Menurut salah seorang saksi kejadian ketika dihubungi Komunitikini, Toh Yit Ming,25, berusaha memberi bantuan pernafasan tehadap Lim sambil menjerit meminta pertolongan daripada pihak paramedik.

Tambahnya lagi, nafas Lim ketika itu tidak teratur dan ia mula mengigit lidahnya sendiri dikhuatiri akan membahayakan nyawanya dan kesukaran untuk bernafas.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beberapa orang peserta termasuk seorang doktor turut memberi pertolongan sementara menunggu ketibaan ambulans, ujar Toh.

“Ketika kejadian tersebut, saya menjerit minta tolong dan memberi pertolongan pernafasan, tapi pihak paramedik sangat lambat,” katanya lagi.

Toh juga turut menyesal dengan sikap beberapa orang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang hanya tercegat sahaja melihat kejadian tersebut.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Malaysian AI badminton review system, Reveal Lens makes international debut

Toh berkata, ia memesan kepada beberapa orang yang berada di situ untuk minta tolong kepada pegawai DBKL tersebut, tapi permintaannya tidak diendahkan.

Menurut Toh lagi, ambulans paramedik hanya tiba kira-kira selepas 20 minit kemudian.

Malangnya, ketika seorang doktor iaitu salah seorang saksi meminta alat bantu pernafasan (Automated External Defibrillator), begitu juga dengan alat yang berkaitan pihak ambulans tidak menyediakan alat tersebut.

Seterusnya, Lim dikejarkan ke hospital dan dimaklumkan ia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Apa yang dikesali oleh Toh, setelah ia membaca maklumat pada risalah panduan program tersebut pihak penganjur mengatakan pertolongan kecemasan boleh didapati sepanjang perjalanan marathon iaitu setiap empat kilometer laluan dan setiap panggilan kecemasan akan diberi maklum balas dalam tiga minit.

Namun yang demikian, menurut Toh, tidak terdapat satu pun paramedik yang kelihatan sepanjang perjalanan marathon yang dilaluinya iaitu sepuluh kilometer malah pihak ambulans hanya tiba selepas 20 minit.

See also  Paramount Cup 2026 expands pickleball reach with community impact

Difahamkan, sebanyak 40 jalan telah ditutup sekitar Kuala Lumpur sempena program ini dan kira-kira seramai 350 orang pegawai polis dan juga pegawai DBKL bertugas untuk mengawal lalu lintas jalan raya sepanjang program berlangsung.

Sementara itu, Komunitikini menghantar emel kepada pihak penganjur, syarikat tersebut mengeluarkan kenyataan media mengatakan bahawa pihak pengurusan telah diberitahu mengenai kejadian berikut dan pihaknya berkata mangsa telah diberi rawatan dan dihantar ke hospital.

Pihak penganjur mengucapkan ucapan takziah terhadap keluarga Lim.

Komunitikini menghubungi pihak penganjur untuk mengetahui sistem bantuan kecemasan yang ditawarkan oleh penganjur dalam program besar ini, namun tiada maklum balas oleh pihak berkenaan.