Bengkel kereta bawah pangsapuri ganggu penduduk

Bengkel kereta bawah pangsapuri ganggu penduduk

Penduduk Pangsapuri Desa Sepakat menghadapi masalah dengan bengkel di bawah kediaman mereka.

Beberapa bengkel membaiki kenderaan yang dipercayai beroperasi secara haram di bawah Pangsapuri Desa Sepakat, PJS3 di sini menimbulkan kemarahan penghuninya.

Rata-rata penduduk yang ditemui tidak berpuas hati dengan kewujudan bengkel haram berkenaan dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan tegas supaya pemilik bengkel terlibat menghentikan operasinya.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Arshad mendakwa, bengkel-bengkel yang sudah beroperasi melebihi lima tahun itu juga menyebabkan penduduk tidak selesa dengan bunyi bising selain sebahagian kawasan pangsapuri dicemari minyak hitam kenderaan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · November 2026 · Penang / KL / JB

“Penduduk tidak berpuas hati dengan kewujudan bengkel kereta yang beroperasi di bawah kediaman penduduk. Aduan telah dibuat kepada pihak berwajib, namun bengkel ini masih tetap beroperasi.

“Selain itu, pemilik bengkel juga meletakkan kereta rosak di tempat parkir pangsapuri hingga penduduk terpaksa meletak kenderaan di luar,”katanya,” ketika ditemui Komunitikini, baru-baru ini.

See also  Haze school closures: the API rules every parent should know

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
From RM1,000
Get featured →

Sementara itu, suri rumah yang mahu dikenali sebagai Fatimah berkata, kenderaan penduduk yang diletakkan diluar kawasan pangsapuri pula terdedah kepada perbuatan pecah kereta, curi petrol dan sebagainya oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Penduduk yang meletakkan kenderaan diluar kawasan pangsapuri perlu berhadapan dengan risiko kehilangan kenderaan dan sebagainya.

“Saya berharap pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dapat menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya,”katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Khairul Nisa Haron ketika ditemui Komunitikini berkata, beliau menggesa orang ramai mengemukakan aduan menerusi Aduan Online seperti yang tertera di laman web MBPJ.

Menurutnya,selain itu aduan melalui email iaitu [email protected] menerusi nombor telefon hotline 24 jam 03-79542020 atau 03-79563544 sambungan 115/117 pada waktu pejabat.

See also  Budget 2027 puts RM65 million into 2,500 community rangers

“MBPJ tidak pernah mengeluarkan lesen atau permit untuk perniagaan bengkel kereta di kawasan perumahan.

Katanya, jika ada pemilik yang menjalankan perniagaan terbabit, ia dijalankan tanpa lesen.

Sehubungan itu, kita akan menjalankan siasatan terhadap bengkel berkenaan dan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada pengusaha bengkel terbabit,”katanya.