Tiada kematian dilaporkan di daerah Petaling Jaya

Tiada kematian dilaporkan di daerah Petaling Jaya

Pandemik Influenza A (H1N1)

Sehingga minggu epid 16 (24 April 2010) terdapat 350 kes dan 22 kluster Influenza A (H1N1) telah disahkan. Pecahan kes mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut.

*Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) : 136 kes dan 3 kluster

*Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ): 123 kes dengan 9 kluster

*Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ): 91 kes dengan 10 kluster

Demam Denggi

Sebanyak 3321 kes telah dilaporkan di mana taburan kes mengikut PBT adalah seperti berikut:

*MBSA : 1314 kes (26.3 peratus dengan 7 kematian). Daripada jumlah ini sebanyak 412 kes dengan kematian adalah dibawah kawasan jagaan PKD

*MPSJ: 1188 kes dengan 6 kematian

See also  OncoCare brings top cancer care to Malaysia

*MBPJ: 804 kes dengan 2 kematian

Sementara itu, pada minggu lepas iaitu minggu epid ke 16 (18 hingga 24 April) terdapat 167 kes demam denggi yag dilaporkan, taburan kes mengikut PBT adalah seperti berikut:

*MBSA : 59 kes dengan 7 kes adalah di kawasan jagaan PKD
*MPSJ : 70 kes
*MBPJ : 38 kes

Sehingga kini tiada kematian dilaporkan di daerah Petaling Jaya

Sumber: Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Petaling Bil. 4/2010 bertarikh 27 April 2010