500 pembeli kecewa pemaju gagal siapkan projek perumahan

500 pembeli kecewa pemaju gagal siapkan projek perumahan

Kira-kira 500 pemilik rumah banglo Genting Valley Resort kecewa dengan sikap pemaju gagal menyiapkan projek perumahan banglo yang telah dijanjikan sejak 10 tahun lalu.

Sampai bila kami harus menunggu, begitulah luahan hati kira-kira 500 pembeli lot tanah di kawasan Genting Valley Resort kecewa dengan sikap pemaju perumahan gagal menyiapkan  projek perumahan banglo seperti yang dijanjikan sejak 10 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Genting Valley Purchase Group (GVPG) , Bob Steedman mendakwa pemaju seolah-olah `lepas tangan` terhadap projek perumahan yang dilihat sudah lama terbengkalai.

Menurutnya, punca projek pembinaan tertangguh begitu lama disebabkan `pihak ketiga` mengambil alih projek perumahan terbengkalai dan mengarahkan pemaju menghentikan operasi pembinaan serta menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi syarikat itu sejak enam tahun lalu.

“Kami percaya bahawa pemaju terdahulu  telah menerima bayaran daripada 300 pembeli lot tanah fasa I secara tunai, tetapi tidak menyerahkan kembali wang kepada pemaju yang baru.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

“Keadaan kami menjadi rumit, bila pemaju baru tidak tahu serta mengenal pasti pembeli lot tapak fasa I,dikhuatiri pemaju tersebut akan menjual lot tanah kepada individu yang berminat,”katanya.

Komunitikini difahamkan, kawasan tersebut merupakan tapak lot  banglo disebaliknya menjadi `projek gajah putih` hanya 243 ekar tanah telah diusahakan  sementara baki 500 ekar tanah masih lagi terbengkalai sehingga kini dipenuhi lalang serta semak samun.

Sebahagian pembeli dan ahli jawatankuasa GVPV yang tidak mendapat balik wang  membuat laporan polis mengenai isu tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Pembeli mendakwa sebahagian daripada harga pembelian yang diminta oleh pemaju tidak  seimbang dengan  tahap perkembangan projek perumahan tersebut.

Kebanyakan pembeli lot tanah banglo fasa I telah membayar harga  seratus peratus  tetapi berlainan dengan pemilik fasa berikutnya.

See also  Forest City gains momentum with high-profile visit

Pemaju mengarahkan mereka membayar sejumlah wang pada kadar ditetapkan diantara 70 hingga 80 peratus mengikut skim yang diberikan.