Anugerah sekolah hijau di Pulau Pinang mengiktiraf pengurusan alam sekitar

Anugerah Sekolah Hijau, satu inisiatif yang dianjurkan oleh Penang Green Council (PGC) dengan kerjasama MBPP, yang bertujuan untuk menggalakkan pengurusan alam sekitar secara menyeluruh.

Anugerah sekolah hijau di Pulau Pinang mengiktiraf pengurusan alam sekitar

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Mohamed Nor Ahmad dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bayan Baru muncul sebagai johan bagi Anugerah Sekolah Hijau 2023 di Pulau Pinang baru baru ini. Kemenangan ini telah memberi hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 bagi setiap sekolah berserta sijil penyertaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran, mengucapkan tahniah kepada pentadbiran sekolah yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Beliau menekankan kepentingan Anugerah Sekolah Hijau, satu inisiatif yang dianjurkan oleh Penang Green Council (PGC) dengan kerjasama MBPP, yang bertujuan untuk menggalakkan pengurusan alam sekitar secara menyeluruh.

Anugerah sekolah hijau di Pulau Pinang mengiktiraf pengurusan alam sekitar

“Salah satu tujuan utama program sebegini adalah untuk mendidik para pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar supaya mereka dapat menerapkan sikap ini dalam diri seterusnya kehidupan seharian.

See also  Sri KDU’s Arabian Nights musical raises funds for charities

Masa depan kita bergantung kepada generasi muda, jadi adalah penting untuk menanam kesedaran alam sekitar pada anak-anak kita sejak dari bangku sekolah,” tekankan Rajendran semasa majlis anugerah pada 15 November 2023.

Majlis ini turut dihadiri oleh ahli-ahli Majlis MBPP, Setiausaha Bandaraya MBPP, Sr. Cheong Chee Hong, Pengurus Besar PGC, Josephine Tan Mei Ling, dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan.

Rajendran juga menegaskan perlunya peningkatan kadar kitar semula di negeri ini. Beliau mendedahkan bahawa sejumlah RM60 juta dibelanjakan setiap tahun untuk kos pembersihan, jumlah yang besar yang boleh dikurangkan melalui kerjasama semua pihak dalam menjaga kebersihan alam sekitar di negeri ini.

Anugerah sekolah hijau di Pulau Pinang mengiktiraf pengurusan alam sekitar

“Masalah pencemaran seperti pencemaran sungai, pembakaran terbuka, dan pembuangan plastik masih lagi berlaku oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan Pulau Pinang masih jauh untuk menjadi sebuah bandar yang mampan.

See also  Malaysia secures championship titles at Robothon 2024

Banyak negara mengambil masa beberapa dekad untuk mencapai hasil optimum dalam memelihara alam sekitar. Saya percaya Pulau Pinang juga boleh mencapainya seiring dengan Visi Penang2030 ke arah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” jelas Rajendran.

Daripada 52 sekolah yang menyertai, termasuk 11 sekolah menengah dan 41 sekolah rendah, hanya lima buah sekolah sahaja yang dipilih sebagai pemenang dalam kategori yang berbeza, menerima hadiah wang tunai dan sijil bagi usaha cemerlang mereka dalam mempromosikan kelestarian alam sekitar.

Anugerah Sekolah Hijau, inisiatif yang dirancang untuk menggalakkan pengurusan alam sekitar secara menyeluruh, mencerminkan komitmen Pulau Pinang untuk mendidik generasi yang menghargai dan menyumbang secara aktif kepada kesejahteraan alam sekitar dari usia muda lagi.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].