RTM siar program khas industri hiburan tempatan

RTM siar program khas industri hiburan tempatan

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan satu program khas mengenai industri hiburan tempatan melalui TV Interaktif (TVi) setiap Sabtu malam mulai 14 Jan ini.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan satu program khas mengenai industri hiburan tempatan melalui TV Interaktif (TVi) setiap Sabtu malam mulai 14 Jan ini.

Ketua Jenama TVi, Alex Reza, berkata program 90 minit dikenali PING (Personaliti, Interaksi, Nada dan Gosip) dari jam 9.30 hingga 11 malam itu akan disiarkan melalui Astro saluran 180.

Katanya, program wawancara itu antara lain mempersembahkan barisan artis, penghibur terkemuka dan individu muda perseorangan yang akan membincangkan tajuk mengenai dunia hiburan tempatan semasa.

“PING akan menjadi pentas bagi artis popular dan tempatan menunjukkan bakat mereka yang unik.

“Selain itu, tajuk mengenai fesyen, muzik, filem, sukan dan kegemaran semasa golongan muda dimuatkan sebagai perbincangan setiap minggu,” katanya kepada Bernama semasa menyaksikan pra rakaman program itu semalam.

See also  Susan Lankester clinches Best Actress at AACA 2024

Alex berkata DJ terkenal daripada KLfm, Sonic dan Ninie, menjadi juruacara dalam program tersebut.

– Bernama