Pintu pagar Hospital Pulau Pinang di Jalan Utama dibuka semula

Pintu pagar Hospital Pulau Pinang di Jalan Utama dibuka semula

Pengurusan Hospital Pulau Pinang membuka semula pintu pagar laluan di Jalan Utama mulai hari ini bagi kegunaan orang ramai keluar-masuk walaupun ianya didapati berbahaya kerana berhampiran dengan tempat penyimpanan gas dan bahan bakar.

Bendahari Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang, M.Selvasagaran berkata tindakan itu diambil setelah mendapat rayuan orang ramai.

“Sebelum ini kami menutup pintu pagar ini kerana bimbang keselamatan orang awam. Selain itu pesakit juga sering menyelinap keluar dari wad menggunakan laluan ini,” katanya.

Selvasagaran berkata sejajar dengan langkah itu, pengurusan hospital akan mempertingkat ciri-ciri keselamatan di kawasan pintu pagar berkenaan.

Pintu pagar itu ditutup sejak Oktober lepas kerana kawasan itu menempatkan bekalan gas oksigen utama hospital, diesel dan jentera dandang.

See also  eSpring Water Purifier by Amway targets microplastic concerns

– Bernama