Dua maut, van jenazah terbabas di Raub

Dua maut, van jenazah terbabas di Raub

Dua maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah van jenazah terbabas di Km 333, Jalan Raub semalam.

Dua maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah van jenazah terbabas di Km 333, Jalan Raub semalam.

Ketua Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Cif Insp Mohd Nazlan Othman berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, van milik Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang tersebut dalam perjalanan pulang selepas menghantar jenazah di Kuala Krai, Kelantan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Van terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan ketika tiba di tempat kejadian,” katanya.

Pemandu van, Zaini Tamsir dan seorang penumpang di tempat duduk belakang Saffli Sajat, 61, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Dua mangsa yang cedera ialah anak Zaini, Zulhilme, 15, dan seorang lagi penumpang di tempat duduk belakang Amran Sewa, katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau berkata kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Raub.

– Bernama