SPAD cari opsyen bagi atasi masalah pengusaha bas

SPAD cari opsyen bagi atasi masalah pengusaha bas

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini mencari beberapa opsyen bagi membantu mengatasi masalah pengusaha bas di negara ini.

Photo from spad.gov.my

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini mencari beberapa opsyen bagi membantu mengatasi masalah pengusaha bas di negara ini.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata suruhanjaya itu berkongsi kertas cadangan dengan pengusaha terbabit dan telah mendapat maklum balas daripada mereka.

“Bagaimanapun, penyelesaiannya melibatkan pilihan sukar dan pertukaran besar yang boleh dilaksanakan membabitkan isu seperti tambang, pembiayaan dan subsidi. Kami berharap dapat mencari penyelesaian sebaik mungkin untuk meneruskannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata SPAD menyedari masalah yang dihadapi industri bas dan telah berhubung dengan pengusaha serta persatuan mewakili mereka bagi mencari penyelesaian.

Syed Hamid juga berkata SPAD akan mengemukakan opsyen berkenaan kepada kerajaan untuk kelulusan.

Mengenai situasi di Negeri Sembilan, yang menyaksikan penamatan perkhidmatan bas di laluan tidak menguntungkan, beliau berkata SPAD sedang berbincang dengan pelbagai pengusaha bas dan meminta mereka tampil menyediakan perkhidmatan di laluan terbabit sebagai langkah sementara.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Katanya, SPAD juga akan bertemu pihak Konsortium Transnasional Berhad yang menyediakan perkhidmatan di laluan berkenaan di Negeri Sembilan bagi membincangkan perkara itu.

– Bernama