Penggantungan operasi monorel Melaka hanya sementara

Penggantungan operasi monorel Melaka hanya sementara

Penggantungan operasi perkhidmatan monorel Melaka selama sebulan adalah bersifat sementara dan tidak semestinya perkhidmatan itu dihentikan untuk tempoh tersebut.

Penggantungan operasi perkhidmatan monorel Melaka selama sebulan mulai Sabtu lalu adalah bersifat sementara dan tidak semestinya perkhidmatan itu dihentikan untuk tempoh tersebut.

Arahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menghentikan operasi itu selama sebulan adalah bagi memberi masa yang cukup kepada pengendali perkhidmatan itu melakukan kerja-kerja teknikal bagi memenuhi keperluan keselamatan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad berkata sekiranya pengendali dapat memenuhi syarat-syarat tersebut dalam masa kurang 30 hari, maka Monorel Melaka boleh beroperasi seperti biasa.

“Ini bermaksud, jika pengendali dapat memenuhi syarat-syarat keselamatan dalam masa satu minggu, maka mereka boleh meneruskan perkhidmatan pada minggu hadapan”, katanya dalam kenyataan hari ini.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Beliau berkata keputusan untuk menghentikan perkhidmatan itu dilakukan setelah mengambil kira syor dan cadangan dari pakar dan ahli profesional dari bahagian kejuruteraan berteraskan kepentingan dan keselamatan pengguna awam.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Pemeriksaan mendapati wujud beberapa perkara yang perlu diberi perhatian serius sebelum Monorel Melaka dibenarkan untuk beroperasi semula.

“Antaranya penyediaan pelan tindakan kecemasan jika berlaku sebarang kejadian ketika beroperasi serta melakukan pengalih bahasa ke atas semua dokumen berkaitan monorel tersebut, dari bahasa Cina ke Bahasa Melayu atau Inggeris,” tambah beliau.

Pada 1 Nov lepas dua pelancong Britain melalui detik cemas dibawa turun melalui tangga setinggi lima meter selepas terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak apabila perkhidmatan itu terhenti secara tiba-tiba pada 1.09 tengah hari.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter selepas meninggalkan Stesen Hang Jebat.

– Bernama