Ekspo Minyak dan Gas terbesar di Asean

Ekspo Minyak dan Gas terbesar di Asean

Ekspo minyak dan gas ASEAN 2011 yang merupakan ekspo terbesar di rantau ini berlangsung di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan Labuan, bermula pada 2 November hingga 4 November.

Ekspo minyak dan gas ASEAN 2011 yang merupakan ekspo terbesar di rantau ini berlangsung di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan Labuan, bermula pada 2 November hingga 4 November.

Ekspo ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan kemajuan bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kelmarin.

“Kami tidak menyangka bahawa ekspo pada kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung yang hadir, walaupun ini adalah kali pertama ia diadakan di Labuan,” ujar Khairul Tajudin, salah seorang wakil pameran di ekspo ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Tinjauan Komunitikini mendapati pameran ini amat bermanfaat kepada pelbagai pihak dan memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada peserta ekspo tetapi juga penduduk Labuan melalui sektor pelancongan.

Fireworks Event (M) Sdn. Bhd. yang bertanggungjwab mengendalikan acara ini berjaya menarik minat lebih 100 syarikat tempatan dan luar negara untuk mengadakan pameran.

Seramai 4000 orang pengunjung telah mengunjungi ekspo ini dan pelbagai pihak mengharapkan acara ini akan berterusan pada tahun akan dating serta dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Labuan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

 

 

 

 

Ridzuan