Bomba dan Penyelamat kini aktif di Facebook

Bomba dan Penyelamat kini aktif di Facebook

Laman Facebook Bomba dan Penyelamat Malaysia bukan sekadar ikutan trend masa kini tetapi satu inisiatif bagi mendekatkan pasukan itu dengan masyarakat, kata Pengarah JBPM.

Pewujudan akaun laman sosial Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan sekadar ikutan trend masa kini tetapi satu inisiatif bagi mendekatkan pasukan itu dengan masyarakat.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pewujudan akaun laman sosial itu membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan orang ramai berkomunikasi.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire Rescue & Department of Malaysia) 

“Dengan adanya laman sosial ini, orang ramai boleh berinteraksi dengan jabatan kita, ia dapat memasyarakatkan perkhidmatan bomba dan berkongsi idea bagaimana nak pertingkatkan kualiti keselamatan kebakaran di kawasan komuniti masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Wan Mohd Nor melancarkan majlis Sambutan Hari Inovasi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, penyerahan sijil pesara dan pelancaran Facebook JBPM Wilayah Persekutuan, hari ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Malaysian AI badminton review system, Reveal Lens makes international debut

Seramai 70 anggota JBPM dianugerahkan sijil khidmat cemerlang bersama enam anggota yang telah bersara.

Akaun Facebook JBPM WP diaktifkan pada Julai lepas dengan menggunakan nama ‘Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur’.

– Bernama