Najib: Kematian Steve Jobs kehilangan bagi masyarakat sejagat

Najib: Kematian Steve Jobs kehilangan bagi masyarakat sejagat

Najib menyifatkan kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs, bukan saja suatu kehilangan bagi syarikat itu tetapi juga masyarakat sejagat.

Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan kematian pengasas bersama Apple Inc, Steve Jobs, bukan saja suatu kehilangan bagi syarikat itu tetapi juga masyarakat sejagat.

Jobs, 56, merupakan ikon penting pada Era Baru, katanya apabila diminta mengulas kematian bekas ketua eksekutif Apple itu di Palo Alto, California, hari ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Sambil menyatakan beliau adalah pengguna dua produk Apple, Najib berkata Jobs juga adalah seorang yang berpandangan jauh dalam dunia komputer seperti yang terbukti melalui idea yang beliau miliki dan produk yang beliau hasilkan.

Jobs menjadi peneraju utama di sebalik penciptaan iPhone, iPad, iPod, iMac dan iTunes keluaran Apple.

Syarikat itu berkata ia kehilangan seorang genius yang berpandangan jauh dan kreatif, manakala dunia pula kehilangan seorang manusia yang sungguh menakjubkan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Apple menganggap kepintaran, semangat dan ketekunan Jobs sebagai “sumber inovasi yang tidak terhitung jumlahnya dalam memperkaya dan menambah baik kehidupan kita semua”.

– Bernama