Kedai 1Malaysia akan dibuka seluruh negara

Kedai 1Malaysia akan dibuka seluruh negara

Lebih banyak Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara termasuk di daerah-daerah bagi membolehkan orang ramai mendapat bekalan barang-barang keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Lebih banyak Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara termasuk di daerah-daerah bagi membolehkan orang ramai mendapat bekalan barang-barang keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi mewujudkan kedai-kedai tersebut.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Sebanyak 60 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan di seluruh negara tahun depan, tiga daripadanya akan diwujudkan di Pahang iaitu di Bera, Kuantan dan Pekan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya peneroka Felda Tembagau, malam tadi.

Beliau berkata sebanyak 25 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan sebelum akhir tahun.

“Kedai 1Malaysia ini dilihat dapat memberi pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan barang-barang keperluan mereka dengan harga lebih berpatutan,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama