Lebih 12 tan timbunan sampah ditemui dalam rumah

Lebih 12 tan timbunan sampah ditemui dalam rumah

Seorang wanita warga emas menetap di Taman Baiduri Petaling Jaya mempunyai hobi pelik suka mengutip dan menyimpan sampah sarap dalam rumahnya lebih empat tahun lalu.

Seorang wanita warga emas menetap di Taman Baiduri Petaling Jaya mempunyai hobi pelik suka mengutip dan menyimpan sampah sarap dalam rumahnya lebih empat tahun lalu.

Selain itu, wanita warga emas berusia 66 tahun ini juga menjadikan najis dan air kencingnya sebagai baja organik untuk tanaman pokok di laman rumahnya.

Kegiatan hobinya terbongkar apabila operasi pembersihan rumah dilakukan lebih 20 anggota Jabatan Kesihatan dan persekitaran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kira-kira jam 9 pagi tadi.

Paling mengejutkan, anggota itu  turut menemui lebih 12 tan timbunan sampah sarap didalam rumahnya.

Operasi membersihkan rumah itu diketuai Pengarah Unit Aduan MBPJ,Tengku Nazaruddin Tengku Zainuddin.

Jiran tak tahan bau busuk

See also  CAP calls for shorter hours for eateries to combat obesity

Salah seorang jiran, Rashid Man, 60, berkata wanita warga emas itu dilihat tinggal berseorangan lebih 4 tahun lalu.

Katanya, tingkah laku wanita warga emas pelik kerana dilihat keluar rumah awal pagi dan membawa sampah sarap masuk ke dalam rumahnya.

” Wanita ini tinggal bersama dua orang anaknya berusia lingkungan 30an, mungkin kerana tidak tahan dengan kerenah ibunya suka mengutip dan menyimpan sampah, anak-anaknya terpaksa berpindah ke tempat lain meninggalkan ibunya tinggal berseorangan,” dakwanya.

Ujarnya, keadaan itu berlanjutan sehingga beberapa tahun menyebabkan kami tidak tahan dengan bau busuk sampah datang daripada rumah wanita tersebut.

“Kami bersepakat membuat aduan mengenai perkara kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sewajarnya,” katanya yang menetap lebih 20 tahun.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

Wanita dibawa ke hospital untuk rawatan susulan

Sementara itu, Ahli majlis MBPJ, R. Selvarajan berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk sekitar yang tinggal berdekatan.

Beliau memberitahu berdasarkan rekod, sebanyak empat notis dan kompaun aedes telah dikeluarkan oleh penguatkuasa MBPJ kepada pemilik rumah pada tahun lepas, namun tiada tindakan diambil oleh pemilik rumah.

“Kita juga sudah berbincang dengan anaknya untuk membersihkan rumah dan bersetuju untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan susulan ke hospital pada keesokannya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi tersebut.