“David Beckham Malaysia” akhiri latihan di Cardiff City

“David Beckham Malaysia” akhiri latihan di Cardiff City

Penyerang kebangsaan Safee Sali akan pulang ke Malaysia esok selepas menjalani latihan dua minggu dengan kelab bola
sepak Cardiff City di bawah kendalian pengurus Malky Mackay.

Penyerang kebangsaan Safee Sali akan pulang ke Malaysia esok selepas menjalani latihan dua minggu dengan kelab bola
sepak Cardiff City di bawah kendalian pengurus Malky Mackay.

Harapan pemain berusia 27 tahun itu adalah agar dapat diterima sebagai pemain kelab dari Wales itu yang bersaing dalam liga Inggeris.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Safee, yang kini bermain untuk kelab Indonesia, Pelita Jaya, berkata tempo permainan di England lebih pantas.

Penyertaan beliau dalam latihan dengan Cardiff City mendapat liputan meluas akhbar tempatan, malahan beberapa penyokong kelab itu turut mendapatkan autograf beliau semalam ketika pasukan itu menentang Leicester City. Beliau tidak bermain dalam permainan itu.

“Selepas menyertai pasukan simpanan dan juga pasukan utama dalam latihan, saya dapati permainan di sini lebih pantas. Ia di tahap berbeza,” katanya ketika ditemui di Stadium Cardiff City.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Safee, yang berasal dari Selangor, menyifatkan latihan yang dijalaninya sebagai berjaya dan beliau diterima dengan baik oleh pemain-pemain Cardiff City.

“Walaupun hanya dua minggu, saya banyak belajar. InsyaAllah, saya harap dapat kembali untuk bermain bagi pasukan ini di masa depan,” katanya.

Perlawanan Cardiff City dengan Leicester City itu turut disaksikan  Pesuruhaya Tinggi Malaysia ke Britain Zakaria Sulong dan isteri, yang menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diraikan oleh kelab berkenaan.

Safee, yang sebelum ini dianggap oleh pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock sebagai “David Beckham Malaysia” akan bermain untuk pasukan negara menentang Australia di Sydney pada 7 Okt ini.

Ini merupakan perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan itu dalam tempoh 20 tahun.

– Bernama