Tiga rumah kedai terbakar di pekan Mambau, rugi RM500,000

Tiga rumah kedai terbakar di pekan Mambau, rugi RM500,000

Tiga buah rumah kedai sederet hangus dalam satu kebakaran di pekan Mambau dekat Seremban pagi tadi, yang melibatan kerugian kira-kira RM500,000, menurut Pegawai Operasi Bomba negeri Ahmad Nizam Sapaiee.

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan tiga buah rumah kedai di mana dua daripanya musnah sama sekali manakala sebuah lagi hangus 70 peratus.

Menurutnya tujuh buah jentera bomba termasuk dua lori tangki air dari Seremban, Seremban 2, Senawang dan Teluk Kemang dengan 40 anggota berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya pada kira-kira pukul 7.25 pagi.

Bomba menghadapi kesukaran dalam memadamkan api berikutan tekanan air rendah, katanya.

Tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih disiasat.

See also  Malaysia shines at ACES Awards 2024

– Bernama