Semua bangunan kerajaan diarah tetapkan suhu tidak kurang 24 darjah celsius

Semua bangunan kerajaan diarah tetapkan suhu tidak kurang 24 darjah celsius

Semua bangunan kerajaan akan diarahkan untuk menetapkan suhu dalam bangunan tidak kurang daripada 24 darjah celsius sebagai langkah penjimatan tenaga, kata Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui.

Semua bangunan kerajaan akan diarahkan untuk menetapkan suhu dalam bangunan tidak kurang daripada 24 darjah celsius sebagai langkah penjimatan tenaga, kata Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata langkah kecekapan penggunaan tenaga itu akan berkuatkuasa selepas surat pekeliling mengenai perkara itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek Hassan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Perdana Menteri mengarahkan sebagai satu langkah yang bijak kecekapan penggunaan tenaga, semua bangunan kerajaan diminta menetapkan suhu bangunan tidak kurang daripada 24 darjah celsius.

“Kecuali bagi tempat-tempat khas seperti hospital yang memang memerlukan paras suhu yang rendah,” katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Douglas Uggah Embas di sini hari ini.

Terdahulu, kedua-dua mereka menghadiri mesyuarat Majlis Teknologi Hijau Negara dan Perubahan Cuaca, yang dipengerusikan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Perdana Putra di sini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mengulas lanjut, Chin berkata suhu yang ditetapkan itu adalah sesuai untuk persekitaran tempat kerja dan ia juga boleh menjimatkan keseluruhan bil elektrik sesebuah bangunan kerajaan itu.

“Kami tetapkan 24 darjah celcius. Kalau kita turunkan kepada 23 darjah celsius, bermakna kita perlu meningkatkan perbelanjaan daripada 4 kepada 7 peratus,” katanya.

Chin berkata tahap suhu tersebut telahpun dilaksanakan di kementeriannya dan ia menjimatkan sehingga RM700,000 setahun untuk keseluruhan bil elektrik.

– Bernama