OKU mahu lebih tempat di institut pengajian tinggi

OKU mahu lebih tempat di institut pengajian tinggi

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengemukakan cadangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kepada kerajaan supaya mereka yang berkelayakan diberikan lebih tempat ke institut pengajian tinggi (IPT).

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengemukakan cadangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kepada kerajaan supaya mereka yang berkelayakan diberikan lebih tempat ke institut pengajian tinggi (IPT).

Menterinya Shahrizat Abdul Jalil berkata mereka turut memohon agar kerajaan membantu membiayai kos pembelajaran mereka di IPT.

Beliau berkata kementerian itu akan mengemukakan cadangan tersebut kepada Kementerian Kewangan dan juga kementerian-kementerian lain yang terbabit untuk pertimbangan mereka.

Ini adalah antara isu yang dibangkitkan semasa majlis dialog antaranya dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela kebajikan dan badan bukan kerajaan yang terlibat dengan kebajikan OKU di sini hari ini.

Selain itu, mereka juga turut menyuarakan tiga isu besar yang selalu dibangkitkan iaitu masalah ‘accessibility’, kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan dan pendidikan serta pembelajaran, kata Shahrizat kepada pemberita selepas majlis itu.

See also  LEGOLAND (R) School Challenge calls young Asian builders 

“Kita di kementerian sentiasa berusaha mengatasi isu-isu tersebut (untuk membantu OKU) walau bagaimanapun, ia tidak akan berjaya jika hanya kementerian sahaja berbuat demikian,” katanya.

Shahrizat berkata golongan itu seharusnya diberikan peluang yang sama memandangkan ada di antara mereka mempunyai kebolehan, bakat dan potensi yang luar biasa.

Justeru itu, beliau meminta semua pihak supaya memberi peluang kepada golongan itu termasuk peluang dari segi pendidikan dan pekerjaan terutama pihak swasta.

“Bukan semua orang kurang upaya ini mahu mendapat bantuan, mereka mahu bekerja sendiri seperti orang lain,” katanya.

Sesi dialog selama tiga jam itu antara lain mengemukakan cadangan supaya kerajaan mewajibkan pendaftaran bagi setiap OKU, dan mereka turut sebulat suara meminta supaya OKU dikenali kembali sebagai ‘Orang Kurang Upaya’ dan bukannya
‘Orang Kelainan Upaya’.

See also  APU lecturer recognised with two prestigious awards

– Bernama