MRT: Pengambilan tanah di Jalan Sultan

MRT: Pengambilan tanah di Jalan Sultan

Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) akan menangani isu-isu pengambilalihan tanah di Jalan Sultan di sini di bawah
projek MRT.

Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) akan menangani isu-isu pengambilalihan tanah di Jalan Sultan di sini di bawah
projek MY RAPID TRANSIT (MRT).

Prasarana hari ini memaklumkan kepada para pemilik hartanah di Jalan Sultan yang sebahagian daripada bahagian bawah tanah, yang termasuklah stesen penjajaran MRT, adalah di sepanjang jalan.

Sehubungan itu, tanah yang di bahagian atas terowong bawah tanah, perlulah dimiliki menurut pertimbangan perundangan semasa.

Pengarah kumpulan bahagian pembangunan projek Prasarana, Zulkifli Mohd Yusoff berkata proses pengambilalihan tanah akan diuruskan oleh Jabatan Tanah dan Galian menurut Akta Pengambilan Tanah 1960.

Sejumlah 30 lot terdiri daripada 20 bangunan dan 10 bidang tanah kosong akan terjejas bagi memberi laluan kepada kerja-kerja terowong MRT bawah tanah di Jalan Sultan.

Bangunan-bangunan juga akan terjejas berikutan beberapa pertimbangan teknikal. Zulkifli berkata berdasarkan kepada nasihat daripada pakar teknikal, sebarang bangunan yang dibina di atas terowong bawah tanah dalam bandaraya Kuala Lumpur adalah terdedah kepada isu-isu risiko dan keselamatan.

Pada sesi taklimat dengan para pemilik tanah dan media dalam usaha menangani isu pengambilan tanah di Jalan Sultan, Zulkifli berkata Jabatan Tanah dan Galian akan memulakan proses memaklumkan pemilik tanah dan hartanah yang terjejas menerusi notis “Borang E”.

Sesi itu juga diadakan bagi mengatasi kebimbangan yang ditimbulkan oleh beberapa pihak yang terjejas oleh langkah pengambilalihan tanah itu baru-baru ini berikutan pengumuman penjajaran akhir oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat  (SPAD) bulan lepas.

Pengumuman yang amat dinanti-nanti mengenai penjajaran akhir untuk Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) turut membuka jalan untuk kerja-kerja pembersihan tanah bermula dan penjayaan laluan MRT yang telah dikenal pasti di bawah inisiatif “Greater Kuala Lumpur”.

“Notis itu bertujuan memanggil pihak-pihak yang terjejas menghadiri satu perbicaraan yang telah dijadualkan yang mana pada masa itu, pemilik tanah yang terjejas boleh mengemukakan semua isu yang berkaitan seperti pampasan/ganti rugi
termasuk kerugian perniagaan, pengubahsuaian dan faktof-faktor lain.

“Kesemua ini akan diambilkira sementara ganti rugi atau pampasan akan ditentukan,” kata Zulkifli.

Pemilik tanah yang terjejas akan dipanggil untuk perbicaraan bermula 15 Ogos dan proses pengambilalihan disasarkan siap dalam tempoh empat hingga enam bulan.

“Para pemilik tanah yang terlibat akan diberi masa mengosongkan hartanah masing-masing dan pihak berkuasa akan memastikan mereka tidak akan menghadapi sebarang kesukaran.

“Pemilik tanah yang tidak berpuas hati dengan jumlah ganti rugi yang diberikan oleh pihak berkuasa boleh memfailkan rayuan dalam tempoh enam minggu pemberian ganti rugi itu,” kata Zulkifli.

Beliau juga berkata sebaik sahaja pemberian itu disahkan, notis akan dihantar ke Jabatan Perdana Menteri bagi pengeluaran ganti rugi yang perlu dibayar kepada pemilik tanah yang terjejas dalam tempoh tiga bulan.

“Sebaik sahaja ganti rugi atau pampasan dibayar, pihak berkuasa kemudiannyaakan meneruskan pengambilan tanah secara rasmi.

– Bernama