Keratan badan manusia ditemui dalam mangkuk tandas, siling dan dua beg plastik

Keratan badan manusia ditemui dalam mangkuk tandas, siling dan dua beg plastik

Badan manusia yang dikerat kepada beberapa bahagian dijumpai dalam dua beg plastik di Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, Ampang, semalam.

Badan manusia yang dikerat kepada beberapa bahagian dijumpai dalam dua beg plastik di Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, Ampang, semalam.

Beg plastik yang mengandungi keratan tangan dan kaki itu ditemui di atas siling tandas sebuah unit pangsapuri yang tidak dihuni sejak 10 tahun lepas.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis  bergegas ke pangsapuri berkenaan selepas menerima aduan penduduk yang menemui kaki kiri manusia di anjung pangsapuri itu pada pukul 2 petang.

“Bahagian badan manusia itu dipercayai dipotong dengan objek tajam sebelum dibungkus dengan plastik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut di pangsapuri itu, polis dengan dibantu Unit Patalogi Hospital Ampang menemui usus dan perut manusia dalam mangkuk tandas dalam unit itu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Polis menemui bahagian lain tubuh manusia yang telah dipotong di atas siling bilik air berkenaan, katanya.

Amiruddin berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa, yang dipercayai dibunuh kira-kira seminggu lepas.

– Bernama