Orang ramai dipelawa sertai hari MPK prihatin

Orang ramai dipelawa sertai hari MPK prihatin

Orang ramai khususnya warga Bandar Di Raja dialu-alukan untuk menyertai Hari MPK Prihatin yang akan diadakan di Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) , Jumaat ini.

Orang ramai khususnya warga Bandar Di Raja dialu-alukan untuk menyertai Hari MPK Prihatin yang akan diadakan di Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) , Jumaat ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz berkata program yang diadakan lebih kepada meningkatkan interaksi perhubungan antara majlis dan pelanggan serta ia berbeza daripada Hari Bertemu Pelanggan seperti yang diadakan sebelum ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya penduduk berpeluang berjumpa terus dengan ketua jabatan terlibat di pejabat mereka bagi mengutarakan cadangan,berkongsi pandangan dan permasalahan yang dialami.

“Selain daripada berjumpa dengan ketua jabatan,orang ramai juga berpeluang menemui ahli majlis masing-masing di Tingkat 1,Dewan Hamzah pada program ini.

“Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga akan membuka kaunter sehingga jam 4 petang untuk urusan pendaftaran dan semakan status pemilih serta pelbagai urusan berkaitan pilihanraya,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Teacher’s innovation keeps Orang Asli students’ education moving forward

Norfiza berkata Hari MPK Prihatin merupakan program melibatkan pengurusan tertinggi,ahli majlis dan ketua jabatan untuk memperkemaskan perkhidmatan untuk lebih agresif,berkredibliti serta berinformatif.

Menurutnya program yang julung kali diadakan itu juga merupakan salah satu program majlis berkaitan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan kelak.