Perkhidmatan Unifi kini diperluas ke Melaka

Perkhidmatan Unifi kini diperluas ke Melaka

Perkhidmatan UniFi bagi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Berhad (TM) kini diperluaskan ke
Melaka.

Perkhidmatan UniFi bagi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Berhad (TM) kini diperluaskan ke
Melaka.

Pengerusi TM Halim Shafie berkata Melaka dipilih bagi perkhidmatan UniFi itu melalui statusnya sebagai negeri maju dan pengiktirafan Melaka sebagai Negeri Jalur Lebar pada 2006.

Perkhidmatan itu bermula di kawasan Malim di sini, pada 15 Julai lepas dan menjelang akhir tahun ini, perkhidmatan itu disasar ditawarkan kepada lebih 5,600 premis di 15 kawasan perumahan di kawasan Malim, katanya kepada pemberita
selepas pelancaran perkhidmatan UniFi itu oleh Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam di sini, malam tadi.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Maglin Dennis D’Cruz.

See also  Phison's RM1bil investment to boost AI Storage industry

Pada 2012, Halim berkata liputan akan diperluaskan ke Tangga Batu dekat sini, dengan pelaksanaan seterusnya ke kawasan lain secara berperingkat-peringkat.

“Pada masa ini, UniFi ditawarkan di 72 kawasan ibu sawat dan jumlah premis sedia dipasang telah mencecah 937,000 premis setakat 26 Julai lepas, kawasan itu termasuk 60 kawasan di Lingkaran Dalam Lembah Klang dan juga Nusa Jaya di
Iskandar Malaysia dan beberapa kawasan perindustrian seluruh negara,” katanya.

Perkhidmatan UniFi ditawarkan melalui tiga pakej kediaman dan tiga pakej perniagaan di mana pakej kediaman adalah VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 pada kadar RM199 sebulan dan VIP20 pada kadar RM240 sebulan.

Bagi pakej perniagaan yang ditawarkan adalah BIZ5 pada kadar RM199 sebulan, BIZ10 pada kadar RM599 sebulan dan BIZ20 pada kadar RM899 sebulan.

See also  Silentmode and Titan Cloud partner to optimize fuel retail operations

Sementara itu, Halim berkata TM juga sedang meluaskan liputan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di Melaka dengan peningkatan lokasi TM WiFi dari 700 kepada lebih 1,200 lokasi “hotspot” TM WiFi menjelang akhir tahun ini.

“TM juga akan memainkan peranan utama dalam usaha meningkatkan penembusan jalur lebar kepada sejumlah 87,000 isi rumah di Melaka,” katanya.

– Bernama