Polis sahkan kematian pembantu rumah bukan sebab dera

Polis sahkan kematian pembantu rumah bukan sebab dera

Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan kematian seorang pembantu rumah warga Kemboja di Taman Robina, Seberang Perai Utara pada 17 Julai lepas bukan disebabkan penderaan.

Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan kematian seorang pembantu rumah warga Kemboja di Taman Robina, Seberang Perai Utara pada 17 Julai lepas bukan disebabkan penderaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata sebaliknya laporan bedah siasat menunjukkan Choy Pich, 22, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Bedah siasat juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mangsa, kecuali sedikit lebam pada bahagian pipi yang mungkin berlaku ketika mangsa jatuh terhempas ke lantai, katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya polis yang menyiasat kematian Choy turut mengambil keterangan beberapa pihak termasuk jiran yang memaklumkan mereka tidak pernah mendengar Choy mengadu didera majikannya.

See also  Over 800 gather for TalkHealthAsia women’s health summit

Beliau berkata wakil kedutaan Kemboja juga berpuas hati dengan siasatan polis dan menerima keputusan bedah siasat yang dilakukan pakar patologi Hospital Kepala Batas itu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mohd Nasir mengulas laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa pembantu rumah itu mati akibat didera majikannya.

Laporan bertarikh 28 Julai itu turut memetik anggota parlimen pembangkang Kemboja, Mu Sochua yang mahu pihak berkuasa Malaysia memberi penjelasan berhubung kes itu.

Laporan turut mendakwa polis diberi rasuah oleh majikan agar kes tersebut diselesaikan segera.

Mengulas lanjut, Mohd Nasir berkata pihaknya akan memanggil FMT dan penulis laporan itu berhubung dakwaan tersebut.

Choy, yang baru bekerja selama lima bulan ditemui mati dalam keadaan terbaring di belakang rumah majikannya pada 7.50 pagi, 17 Julai lepas.

See also  Over 800 gather for TalkHealthAsia women’s health summit

– Bernama