Kes demam denggi Pulau Pinang catat penurunan

Kes demam denggi Pulau Pinang catat penurunan

Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatatkan penurunan sebanyak 36.1 peratus dalam tempoh 1 Januari hingga 3 Disember tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatatkan penurunan sebanyak 36.1 peratus dalam tempoh 1 Januari hingga 3 Disember tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Pulau Pinang Bahagian Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Pulau Pinang dan Alam Sekitar, sebanyak 588 kes demam denggi dicatatkan pada tahun ini berbanding 920 kes pada tahun lepas.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan tahun ini, daerah di bawah Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 197 kes diikuti daerah Timur Laut dengan 158 kes dan daerah Barat daya di bawah Jabatan Kesihatan negeri dengan 152 kes untuk tempoh yang sama.

See also  Over 800 gather for TalkHealthAsia women’s health summit

Bagi tempoh yang sama tahun lepas, Daerah Timur Laut di bawah Jabatan Kesihatan negeri muncul sebagai kawasan yang paling kerap menerima kes demam denggi dengan 438 kes diikuti daerah MPPP iaitu 249 kes dan daerah barat daya sebanyak 138 kes.

Kawasan yang mencatat kes demam denggi terendah sebanyak 11 kes pada tempoh yang sama tahun ini adalah daerah Seberang Perai Selatan diikuti daerah Seberang Perai Utara (22 kes) dan Seberang Perai Tengah (48 kes).

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Menurut kenyataan itu, penurunan itu berlaku kerana pihak kementerian kesihatan sentiasa memantau tempat tinggal pesakit demam denggi seterusnya mengesan dan mempergiatkan langkah pencegahan di kawasan pembiakan nyamuk aedes.

See also  Over 800 gather for TalkHealthAsia women’s health summit

– Bernama