Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan nasihat pengeluar ‘Bir Halal’ dapatkan sijil halal

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan nasihat pengeluar ‘Bir Halal’ dapatkan sijil halal

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam selepas muzakarah jawatankuasa itu pada 16 dan 18 Jun lepas memutuskan minuman tersebut diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menasihatkan pengeluar minuman ringan malta atau ‘bir halal’ mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau majlis agama Islam negeri (MAIN).

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam selepas muzakarah jawatankuasa itu pada 16 dan 18 Jun lepas memutuskan minuman tersebut diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar yang sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Pelancaran Ihya’ Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2011 di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom.

Isu bir halal timbul sejak 28 Mei lepas, susulan laporan akhbar mengenai penjualan minuman berkenaan yang semakin popular pada kalangan umat Islam di negara ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

-Bernama