Penyerang negara Safee Sali ceriakan program santai bola

Penyerang negara Safee Sali ceriakan program santai bola

Selain daripada sesi bersama Safee, program yang diadakan juga turut menampilkan perlawanan persahabatan bawah 8 dan 10 tahun dengan kerjasama Kelab Bolasepak Profesional Selangor ( Gen Pro).

Santai Bola Anak Muda Kota Raja yang menampilkan penyerang sensasi negara, Safee Sali mendapat sambutan di luar jangkaan terutama daripada penduduk setempat di situ.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Azmizam Zaman Huri berkata beliau tidak menyangka dengan sambutan yang diterima sehingga kawasan sekitar mengalami kesesakan apabila orang ramai begitu teruja untuk melihat bekas pemain Selangor yang kini bermain untuk kelab Pelita Jaya itu.

Menurutnya selain daripada sesi bersama Safee, program yang diadakan juga turut menampilkan perlawanan persahabatan bawah 8 dan 10 tahun dengan kerjasama Kelab Bolasepak Profesional Selangor ( Gen Pro) .

“Walaupun pertama kali diadakan namun ia mendapat sambutan di luar jangkaan dan kita merancang untuk

See also  Sarawak set to host largest Pickleball Tournament

mempelbagaikan lagi aktiviti melibatkan pembangunan sukan terutama bolasepak.

“Malah program yang diadakan juga mampu mengcungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan bagi mengganti Safee sebagai penyerang berbakat negara,” katanya.

Malah, beliau berasa kagum dengan kesudian Safee untuk datang beramah mesra bersama peminatnya walaupun mempunyai jadual yang agak padat dan pihaknya juga merakamkan penghargaan kepada pengurus Safee , Zakaria Rahim yang mengusahakan kehadiran bintang bola sepak itu ke sini.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Gen Pro, Janariza Sulong berkata sebanyak empat pasukan terlibat dalam perlawanan pada hari itu dan para pemain juga menerima tunjuk ajar Safee berkaitan kemahiran asas bola sepak.