Perjuangan Al-Marhumah Dr Lo’lo’ perlu diteruskan

Perjuangan Al-Marhumah Dr Lo’lo’ perlu diteruskan

Kenyataan: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan takziah di atas kembalinya Almarhumah Dr Lo’lo’ binti Hj Ghazali ke pangkuan Allah SWT semalam dan Alhamdulillah selamat dikebumikan jam 11.30 tengahari tadi.

Oleh Mohd Shahir Abu Hasan, Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Titiwangsa

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan takziah di atas kembalinya Almarhumah Dr Lo’lo’ binti Hj Ghazali ke pangkuan Allah SWT semalam dan Alhamdulillah selamat dikebumikan jam 11.30 tengahari tadi.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Sememangnya pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Titiwangsa kerana peranan beliau yang sangat penting dalam perjuangan PAS di Titwangsa dan semestinya ia amat sukar dicari ganti.

Almarhumah Dr Lo’lo’ juga seorang yang gigih berjuang dan telah berjaya dengan segenap tenaga beliau melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya. Dan ini terbukti beliau telah berjaya menempatkan diri di hati masyarakat parlimen Titiwangsa khususnya selepas beliau diamanahkan sebagai wakil rakyat pada pilihanraya ke-12 yang lalu.

Walaupun peruntukan tahunan yang sepatutnya disalurkan kepada setiap ahli parlimen disekat, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang memberikan khidmat kepada rakyat di Titiwangsa sehingga nafas beliau yang terakhir.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Jasa dan peranan beliau sangat besar, dan sifat beliau sebagai seorang ibu yang sering memberi teguran dan nasihat kepada Pemuda tidak akan kami lupakan malah akan menjadi azimat kepada perjuangan kami.

Dewan Pemuda PAS Titiwangsa, telah bersedia menyahut amanat beliau agar terus mempertahankan Parlimen Titiwangsa dalam Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang dengan segenap tenaga dan kekuatan Pemuda.

Pemuda juga berjanji akan terus memikul amanah rakyat yang telah ditinggalkan oleh beliau kepada kami, bersama-sama dengan PAS kawasan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa.

Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan kewangan bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan yang telah ditinggalkan beliau di Titiwangsa, dan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa kepada PAS, bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan wang ke akaun Dewan Pemuda PAS Titiwangsa BIMB  14041010075204. Semoga setiap sumbangan akan diganjari dengan kebaikan berlipat kali ganda daripada Allah SWT.