Bersih: Menteri Pengajian Tinggi tunggu laporan polis nama siswa terbabit

Bersih: Menteri Pengajian Tinggi tunggu laporan polis nama siswa terbabit

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis
berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Beliau berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Terpulanglah kepada universiti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pelajar mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pemenang pertandingan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini malam tadi.

Sementara itu Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang turut hadir, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan pembabitan pelajar atau warga kerja UiTM.

Bagaimanapun jika ada, tindakan tatatertib seperti ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan kepada warga kerja, katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Teacher’s innovation keeps Orang Asli students’ education moving forward

Pada pertandingan itu, pasukan tuan rumah UiTM muncul johan dan menerima hadiah wang tunai RM30,000 selain piala dan hadiah iringan.

— Bernama