Warga Indian dituduh bunuh peguam dengan parang

Warga Indian dituduh bunuh peguam dengan parang

Seorang pemuda warga India hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh peguam R. Anbalagan.

Seorang pemuda warga India hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh peguam R. Anbalagan.

R. Narayanan, 24, dituduh membunuh peguam itu yang juga majikannya dengan menetak mangsa menggunakan parang di Kuil Sri Ramalingeswarari Lot 9221 Jalan Kebun Baru, Kampung Perepat di sini pada 9.30 malam Isnin lepas (13 Jun).

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nadia Othman.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan Narayanan memberitahu mahkamah beliau faham pertuduhan yang dihadapinya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Majistret menetapkan kes itu disebut semula pada 20 Julai ini. Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim manakala Narayanan tidak diwakili peguam.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, Anbalagan ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka di badan, muka, bahu kanan dan tangan kiri di dalam kuil itu.

– Bernama