IPD Serdang bernilai RM61 juta akan siap sepenuhnya Ogos ini

IPD Serdang bernilai RM61 juta akan siap sepenuhnya Ogos ini

Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang bermula dua tahun lepas dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini, kata Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah.

Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang bermula dua tahun lepas dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini, kata Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah.

Tun Hisan berkata projek itu menelan belanja kira-kira RM61 juta.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Bangunan baru ini akan menggantikan IPD Serdang lama yang terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, yang mana bangunan itu disewa oleh Polis Diraja Malaysia untuk sementara waktu,” katanya kepada pemberita selepas
melawat projek itu di Bandar Kinrara 5, di sini hari ini.

Beliau berkata IPD baru itu yang turut menempatkan Balai Polis Kinrara, mempunyai 18 blok kuarters polis.

Tun Hisan turut gembira dengan penurunan kadar jenayah yang berlaku di sekitar Serdang berikutan kerjasama baik antara orang awam dan  polis.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Di Serdang kita ada lebih 800,000 orang penduduk dan saya harap semua penduduk di sini menjadi ‘polis’ bukan hanya bergantung kepada 600 orang polis yang kita tempatkan,” katanya.

– Bernama