Bayi didera, meninggal dunia

Bayi didera, meninggal dunia

Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dipercayai didera ibu bapanya yang mengalami masalah mental.

SUNGAI SIPUT –  Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dipercayai didera ibu bapanya yang mengalami masalah mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, DSP Ernest John berkata mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik dan diletakkan di dalam sebuah bilik di rumah keluarganya di Taman Muhibah Jaya, Sungai Siput oleh bapa saudara bayi itu semalam.

Bapa saudara bayi itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput pada 2.40 pagi tadi selepas membawa mayat bayi itu ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata siasatan awal polis mendapati bapa bayi itu yang berusia 38 tahun dan bekerja sebagai juru jual burger mempunyai rekod masalah mental, manakala ibunya yang berusia 29 tahun turut mengalami masalah gangguan menta lsebelum ini.

See also  Penang set to host 'Leela Jhansi': A poignant exploration of child marriage

“Sehubungan itu, polis belum mengklasifikasikan kes berkenaan sehingga laporan bedah siasat dari hospital diperoleh,” katanya.