Isu pasar: Kerajaan negeri Selangor cari jalan terbaik

Isu pasar: Kerajaan negeri Selangor cari jalan terbaik

Isu melibatkan pasar pagi semakin rumit kerana ia membabitkan banyak pihak termasuk penduduk, persatuan penjaja dan pihak gereja di situ.

Isu melibatkan pasar pagi semakin rumit kerana ia membabitkan banyak pihak termasuk penduduk, persatuan penjaja dan pihak gereja di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Teresa Kok, berkata kemelut berkenaan sukar diselesaikan kerana wujud rasa tidak puas hati di kalangan mereka dengan pendirian masing-masing.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya,isu itu telah berlarutan sejak sekian lama dan akibat kewujudannya, beberapa masalah dibangkitkan penduduk antaranya kesesakan jalan, kebersihan dan ketenteraman setempat.

“Dialog ini akan diadakan lagi kelak kerana tiada kata putus dapat diberikan berikutan beberapa masalah berbangkit gagal diselesaikan.

“Namun demikian,Kerajaan Negeri termasuk MPK akan sedaya upaya memberikan komitmen terbaik bagi mengatasi kemelut yang berlaku ini kerana ia melibatkan banyak pihak,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Over 100 bird species recorded across Seberang Perai forests

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Dialog Penduduk Bersama Exco yang diadakan di Pusat Warga Emas Grace di sini.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Klang,Charles Santiago,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M.Manoharan, ahli majlis dan ketua-ketua jabatan yang terlibat.

Teresa berkata, isu paling serius ialah kesesakan jalan terutama pada hari Ahad kerana pada hari yang sama penganut Kristian akan datang ke gereja berhampiran untuk upacara keagamaan.

Menurutnya, cadangan untuk menutup pasar pagi dibantah oleh persatuan penjaja kerana mereka mendakwa keuntungan diperolehi akan berganda berbanding hari lain dan bagi mengatasi masalah itu, mereka telah menggunakan khidmat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) untuk menjaga lalulintas di situ.

See also  Fire burns 2.42 hectares at FRIM's Bidor research site