Kenyataan: Borang Mimbar adalah percuma, lapor jika dijual

Kenyataan: Borang Mimbar adalah percuma, lapor jika dijual

Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MIMBAR) dengan tegasnya mengesahkan bahawa semua borang permohonan yang diedarkan kepada oang ramai adalah percuma. Kenyataan ini dibuat ekoran terdapatnya aduan daripada orang ramai bahawa borang Mimbar telah dijual pada harga RM50.00 sekeping.

Oleh Nor’ain Eusoff, Pengurus Perhubungan Awam, Mimbar

 

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MIMBAR) dengan tegasnya mengesahkan bahawa semua borang permohonan yang diedarkan kepada oang ramai adalah percuma.

Kenyataan ini dibuat ekoran terdapatnya aduan daripada orang ramai bahawa borang Mimbar telah dijual pada harga RM50.00 sekeping.

Tindakan ini adalah bertentangan sama sekali dengan konsep MiMBAR yang mengamalkan kebajikan kepada peserta.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Justeru itu, orang ramai diingatkan jika ini berlaku, mereka dinasihatkan untuk mengambil nama individu yang terlibat dan nombor telefon individu terbabit.

Kemudian hendaklah dilaporkan segera kepada Pengurusan Mimbar dengan menelefon pejabat Mimbar di talian: 03-5510
1455.

Namun begitu, maklumat tentang individu yang menjual borang permohonan Mimbar perlu dibuktikan sebelum panggilan atau aduan dibuat kepada kami.

Perkara ini memang telah dijangkakan kerana pihak Mimbar percaya ada pihak-pihak yang mungkin mahu program ini gagal.

Namun begitu, dalam borang permohonan telahpun dicetak “percuma” secara jelas di atas borang tersebut.

Jika orang ramai mendapat sebarang maklumat tentang individu yang tidak bertanggungjawab itu, ia haruslah dimaklumkan segera kepada pihak Pengurusan MiMBAR dan pihak pengurusan akan mengambil langkah segera yang sewajarnya.