Motosikal lama tak wajib diperiksa Puspakom

Motosikal lama tak wajib diperiksa Puspakom

Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Rahim Bakri menafikan wujudnya keputusan kerajaan berkaitan peraturan mewajibkan kesemua motosikal berumur 15 tahun ke atas melalui pemeriksaan oleh Puspakom sebagai syarat bagi pembaharuan lesen kenderaan.

Beliau berkata setakat ini, hanya kenderaan awam dan kenderaan perdagangan sahaja diwajibkan menjalani pemeriksaan kenderaan secara berkala bagi memastikan kenderaan itu sentiasa berkeadaan baik dan selamat digunakan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Kerajaan tidak wajibkan pemeriksaan untuk kesemua motosikal berumur 15 tahun ke atas seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak termasuk ahli persatuan pengedar motosikal baru-baru ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata sebarang keputusan mewujudkan peratuan baru adalah bertujuan baik iaitu meningkatkan tahap keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya dan bukan untuk menyusahkan sesiapa.

“Setiap keputusan adalah berlunaskan pertimbangan kepada rakyat dengan mengambil kira situasi kadar kemalangan di negara ini yang masih tinggi iaitu sekitar 6,800 orang setahun atau purata 19 kematian sehari,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama