Petani rugi RM10,000 sebab banjir

Petani rugi RM10,000 sebab banjir

Hujan lebat yang turun tanpa henti sejak petang semalam mengakibatkan sekumpulan petani berkelompok di Kampung Che Long, Titian Hangus, Chabang Tiga di sini, kerugian hampir RM 10,000 apabila kebun mereka dinaiki air hampir satu meter.

Hujan lebat yang turun tanpa henti sejak petang semalam mengakibatkan sekumpulan petani berkelompok di Kampung Che Long, Titian Hangus, Chabang Tiga di sini, kerugian hampir RM 10,000 apabila kebun mereka dinaiki air hampir satu meter.

Ketua petani berkelompok tersebut Idris Jusoh, 42 berkata kejadian banjir diluar musim itu menyebabkan pelbagai tanaman seperti salad, kobis, kangkung, bendi, cili, dan timun yang ditanam di tanah seluas hampir empat hektar musnah.

“Projek pertanian berkelompok ini disertai 12 orang dan kebanyakan mereka terdiri daripada orang kampung berumur 40 hingga 60 tahun yang bergantung sepenuhnya dengan hasil tanaman untuk sara hidup mereka.

“Apabila tanaman yang sepatutnya dapat dituai dalam tempoh dua minggu lagiini musnah, habislah punca rezeki mereka,” katanya ketika ditemui Bernama, disini hari ini.

See also  Yayasan Suria and Ihsan Johor aid Kelantan flood victims

Idris juga berkata sistem perparitan yang sempit di kawasan itu  menyumbang kepada kejadian banjir tersebut.

Sekalipun telah banyak kali masalah parit itu diadu kepada Jabatan Parit dan Saliran, tidak ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa tersebut, katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkenaan memikul tanggungjawab dan membayar ganti rugi kepada peserta yang rata-ratanya warga emas bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata kesemua hasil tanaman itu sebelum ini dijual di Pasar Borong Gong Pauh, di Wakaf Mempelam.

–Bernama