Kelantan biayai semua penuntut anak negeri balik Mesir

Kelantan biayai semua penuntut anak negeri balik Mesir

Kerajaan PAS Kelantan bersetuju membiayai?penghantaran pulang semua 1,006 penuntut anak negeri itu di Mesir untuk?meneruskan pengajian mereka berikutan pergolakan di negara itu yang kembali ?pulih.

Kerajaan PAS Kelantan bersetuju membiayai?penghantaran pulang semua 1,006 penuntut anak negeri itu di Mesir untuk?meneruskan pengajian mereka berikutan pergolakan di negara itu yang kembali? pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri,?Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco?di Kuala Lumpur, malam tadi, yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul?Aziz Nik Mat.

“Mereka yang terbabit terdiri daripada pelajar di bawah tajaan sama ada?berbentuk biasiswa atau pinjaman dari Kerajaan Persekutuan atau negeri,” katanya?kepada Bernama.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata mesyuarat exco itu diadakan di Kuala Lumpur berikutan?berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara.

Mohd Amar berkata keputusan itu juga sebagaimana yang dipersetujui kerajaan?negeri di bawah pakatan pembangkang yang akan menghantar balik anak negeri?masing-masing ke Mesir untuk menyambungkan pengajian mereka apabila keadaan?negara itu kembali pulih.

Sebahagian besar penuntut Malaysia di Mesir dibawa pulang sama ada menerusi?Ops Piramid oleh Kerajaan Persekutuan ataupun pembiayaan sendiri berikutan?krisis yang berlaku di negara itu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →