MBPJ peruntuk RM271.9 juta bajet 2011

MBPJ peruntuk RM271.9 juta bajet 2011

Sebanyak RM271.9 juta diperuntukkan dalam belanjawan 2011 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dibentangkan oleh Datuk Bandar, Datuk Roslan Sakiman di ibu pejabat majlis itu baru-baru ini.

Sebanyak RM271.9 juta diperuntukkan dalam belanjawan 2011 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang dibentangkan oleh Datuk Bandar, Datuk Roslan Sakiman di ibu pejabat majlis itu baru-baru ini.

Dalam ucapan pembentangan dihadiri 13 orang ahli majlis perwakilan penduduk itu, bajet 2011 menunjukkan penurunan sebanyak RM11.1 juta atau -3.93 peratus berbanding dengan anggaran tahun 2010 berjumlah RM283.1 juta selepas mengambilkira kelulusan bajet tambahan sebanyak RM23 juta.

Jumlah anggaran hasil majlis untuk tahun 2011 adalah bertambah sebanyak RM2.8 juta berbanding hasil tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak RM260.4 juta kepada RM263.3 juta.

Berdasarkan anggaran cukai taksiran pula, sebanyak RM175 juta pada tahun 2011 adalah merupakan hasil cukai taksiran berdasarkan nilai tahunan yang sedang digunakan sekarang.

Sebanyak RM60.38 juta diperuntukkan untuk meningkatkan tahap kebersihan di Petaling Jaya melalui program seperti meluaskan lagi kawasan zon bersih serta memperbanyakkan lagi tong sampah di kawasan yang memerlukan dan melaksanakan rezoning kawasan Alam Flora.

See also  UniRazak recognised for educational excellence

Di samping itu, kawalan yang lebih ketat akan juga dilaksanakan bagi memastikan Alam Flora menjalankan tugas mengikut ekspektasi penduduk.

Sebanyak RM28.80 juta diperuntukkan untuk meningkatkan budaya menyelenggara melalui program menurap semula jalan, membaiki dan menaiktaraf sistem saliran di kawasan yang telah usang khususnya melaksanakan kerja menaiktaraf saliran utama bagi mengatasi masalah banjir kilat sekali gus memastikan penghujung tahun 2011 bandaraya bebas atau sifar banjir.

Sebanyak RM10.80 juta diperuntukkan untuk program menghijaukan bandaraya Petaling Jaya menerusi program menanam pokok, meningkatkan lanskap di taman dan menaiktaraf taman permainan kanak-kanak di lokasi yang telah dikenalpasti secara berperingkat-peringkat.

Pemaju juga akan terus disyaratkan supaya mengekalkan kehijauan dan menanam pokok teduhan sebelum kawasan perumahan baru diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

See also  Canon extends partnership with Taman Tugu for Earth Day

Sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi memberi fokus khusus mengatasi masalah keselamatan dan jenayah di Petaling Jaya yang kian meningkat.

Sejumlah RM5,000 setahun akan diberikan kepada persatuan penduduk yang menubuhkan polis komuniti serta program memasang lampu jalan di kawasan gelap khususnya seluruh perumahan dan lorong belakang di Petaling Jaya.

Sebanyak RM45 juta diperuntukkan bagi membiayai program perubatan percuma kepada rakyat bandar termiskin, membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) meneruskan perkhidmatan bas komuniti dan membantu meningkatkan sektor informal di Petaling Jaya.

Sebanyak RM2.45 juta diperuntukkan bagi membiayai kesejahteraan dan kehijauan persekitaran penduduk Petaling Jaya.

Penganjuran program komuniti seperti `friends of Bukit Gasing`, `friends of Taman Aman`,friends of Urban Park Damansara Damai dan sebagainya.

Disamping itu, program merawat air tasik, mencegah pembiakan nyamuk aedes dan sebagainya akan dipertingkatkan lagi.