Malaysia lancar DE Rantau bagi memacu pertumbuhan ekonomi digital

DE Rantau ialah sebuah program yang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pilihan para nomad digital, dan seterusnya memangkin penerimagunaan teknologi digital.

DE Rantau
Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa di majlis pelancaran De Rantau

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa telah melancarkan DE Rantau pada hari ini.

DE Rantau ialah sebuah program yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pilihan para nomad digital, dan seterusnya memangkin penerimagunaan teknologi digital selain menggalakkan mobiliti dalam kalangan warga profesional digital serta pelancongan di Malaysia.

Program DE Rantau ini juga menjana manfaat buat bakat-bakat tempatan dan nomad digital dari luar negara.

Selain daripada pengenalan Pas Nomad DE Rantau yang memudahkan nomad digital warga luar negara yang layak untuk menetap di Malaysia selama 12 bulan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan mewujudkan sebuah ekosistem berdaya maju bagi mendukung gaya hidup nomad digital yang menginginkan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan.

Annuar berkata, “Sejajar dengan Malaysia Digital (MD), program DE Rantau akan memacu hala tuju Malaysia untuk menjadi hab pilihan para nomad digital di rantau Asia Tenggara. Biarpun berhadapan dengan persaingan yang sengit daripada negara-negara jiran.

See also  Indie Jam 2024 celebrates Southeast Asian indie games
DE Rantau
Ma. Sivanesan Marimuthu, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Zairil Khir Johari, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang; Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa Menteri Komunikasi dan Multimedia; dan Mahadhir Aziz, Ketua Eksekutif MDEC, di majlis pelancaran DE Rantau.

“Malaysia mempunyai acuan yang tepat untuk menjadi lokasi tumpuan para individu yang bergelar nomad digital. Kita memiliki infrastruktur yang mantap, kos sara hidup yang berpatutan, masyarakat majmuk, populasi berbilang bangsa, makanan yang beraneka rasa, dan banyak lagi kelebihan lain untuk memperkukuhkan kedudukan kita.” 

“Meskipun gaya hidup nomad digital ini bukanlah sesuatu yang baharu, trend gaya hidup tersebut semakin popular disebabkan pandemik COVID-19 kerana lebih ramai orang memilih untuk bekerja dan tinggal di mana-mana sahaja yang mereka kehendaki dan pada masa yang sama memanfaatkan kehidupan dengan penggunaan teknologi.”

MDEC yang menerajui inisiatif ini akan menyelia pembangunan hab-hab nomad digital dan ekosistem tempatan agar ia bersesuaian dengan gaya hidup nomad digital.  

Kerjasama dijalin dengan para pemain industri bagi menarik para nomad digital melalui pelbagai program capaian (outreach programme) dan kesedaran serta memudahkan urusan permohonan Pas Nomad DE Rantau.

See also  Malaysia's MDEC secures USD 45 mil for digital growth
DE Rantau
Mahadhir Aziz, Ketua Eksekutif MDEC berucap di majlis pelancaran DE Rantau.

“Menerusi penubuhan Hab DE Rantau yang sedia menerima nomad digital dan ekosistem yang berdaya maju, maka pertukaran pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan nomad digital tempatan dan luar negara boleh berlaku, sekali gus melahirkan komuniti dan perniagaan tempatan yang berpengetahuan dan maju,” tambah Annuar.

Program ini mengunjurkan sebanyak RM4.8 bilion akan disumbangkan untuk ekonomi dalam negara pada tahun 2025. Lokasi rintis bagi fasa pertama DE Rantau adalah di Pulau Pinang, Langkawi, Kedah dan Kuala Lumpur.

Di bawah Malaysia Digital (MD), DE Rantau merupakan salah satu daripada pelbagai Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) yang sedia ada dalam perancangan bagi tahun 2022. Ia bertujuan untuk menjana kesan limpahan buat ekonomi menerusi akses yang saksama ke atas pengetahuan digital serta peluang pendapatan.

Permohonan untuk Pas Nomad DE Rantau akan dibuka mulai 1 Oktober 2022. Layari https://mdec.my/derantau untuk mendaftar.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].