Resorts World Genting tidak hanya menawarkan hiburan untuk percutian keluarga. Malah, pusat perlancongan ini menyediakan pelbagai tarikan unik untuk semua lapisan umur. Tarikan yang disediakan juga hanya boleh didapatkan di pusat ini, dan bukan di negara-negara lain yang berdekatan dengan Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika ramai pelancong luar berkunjung ke Resorts World Genting.
Pusat Hiburan Untuk Semua Lapisan Masyarakat
Jika anda pernah ke Genting Highland, perkara pertama yang anda bayangkan sudah semestinya taman tema. Jika anda pernah menggunakan kasino dalam talian selamat dengan proses pengesahan yang ketat, Kasino Genting pasti terlintas di fikiran anda. Kedua-dua ini adalah tarikan utama pelancong dalam dan luar negara.
Setelah pelonggaran sekatan pelancong luar negara dilakukan pada bulan Mei 2022, jumlah pelancong dilihat semakin bertambah. Tambahan pula, dengan adanya pelbagai promosi serta tawaran disediakan oleh pihak Resorts World Genting, pengunjung dilihat tidak mahu ketinggalan dari merebut peluang tersebut.
Sebagai contoh, pengunjung berpeluang untuk berhibur di mana-mana dua taman tema utama pusat hiburan ini, iaitu – Taman Tema Skyworlds Genting dan juga Taman Tema Dalaman Skytropolis. Selain itu, anda boleh mencuba tarikan lain mereka seperti Sky VR, Taman Permainan Video Vision City dan juga Boling Genting.
Pakej Tarikan Menarik Untuk Pelancong
Antara promosi serta tawaran yang menjadi pilihan utama para pengunjug adalah Tiket 1 Hari Taman Tema Skyworlds Genting. Pengunjung kanak-kanak dan warga emas berusia 60 tahun ke atas hanya perlu membayar RM128 sahaja. Manakala pengunjung dewasa pula perlu membayar RM151.
Antara promosi hebat lain yang turut disediakan ialah Pakej Tarikan. Pakej ini menawarkan penjimatan hebat yang membenarkan pengunjung untuk bemain sepuas hati di Taman Tema Dalaman Skytropolis dan juga Ripley’s Adventureland. Anda berpeluang menaiki semua tunggangan di semua enam tarikan Ripley’s Adventureland iaitu Ripley’s Believe It or Not! Odditorium, Pusat Kajian Jurassic, Zombie Outbreak, Muzium 4D Trick Art, Infinity Room, dan Eagle Landing Zipline.
Selain itu, para pengunjung luar dan dalam negara turut mendapat manfaat dari promosi yang lain seperti Bayar Sekarang, Tempah Kemudian (BNBL). Bayaran yang perlu dilakukan hanya RM188 sahaja. Tetapi, pengunjung yang mendapatkan pakej ini berpeluang untuk menginap 2 hari dan 1 malam di Resorts World Genting. Selain itu, mereka yang membeli pakej ini turut diberikan GeMTreats yang bernilai RM188 secara percuma.
Tarikan Lain Untuk Pelancong Luar Negara
Pelancong tidak hanya bermain di taman tema sahaja apabila berkunjung ke pusat pelancongan ini. Bagi yang suka kehijauan, mereka boleh menyertai pakej eko-ketenangan yang ada ditawarkan. Awana Trail Nature Escapade adalah salah satu pakej eco-retreat yang hanya berharga RM275 untuk ahli berdaftar Resorts World Genting. Untuk yang belum menjadi ahli berdaftar, pengunjung cuma perlu membayar yuran berjumlah RM296.
Pakej ini merangkumi penginapan 2 hari 1 malam di bilik Superior Deluxe untuk dua orang di Resorts World Awana. Anda juga disediakan set hidangan untuk dua orang dan satu hidangan beserta minuman di Teres Golf bermula pada jam 7 pagi sehingga 3 petang setiap hari.
Aktiviti merentas hutan pula akan diketuai oleh pemandu pelancong yang profesional. Perjalanan akan bermula pada jam 9 pagi di Laluan Awana selama 2 hingga ke 3 jam. Untuk pengetahuan, pakej ini antara tarikan baru yang disediakan oleh pusat pelancongan terunggul di Genting.
Dengan adanya tarikan eko-pelancongan sebegini, ia secara tidak langsung menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh Tourism Malaysia di Berlin baru-baru ini. Kempen ini bertemakan “Jiwa Malaysia”. Objektif utama kempen ini adalah untuk memperkenalkan negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bersama dengan risalah berkenaan dengan kehijauan dan pantai di dalam Bahasa Jerman.
Pelancong China, Macau dan Singapura
Selain daripada kehijauan dan taman teman, Resorts World Genting menjadi kunjungan utama pelancong dari China, Macau dan Singapura kerana ia menyediakan pusat kasino terbaik di Asia Tenggara. Ini kerana, Kasino Genting merupakan satu-satunya kasino yang beroperasi secara sah di rantau Asia.
Pada masa yang sama, pengunjung ke kasino ini dapat merasakan pengalaman yang unik kerana ia terletak di ketinggian 1,800m dari paras laut. Tidak hanya itu juga, kasino ini telah diberikan wajah baru pada bebarapa tahun yang lepas. Di mana, pengunjung yang ingin melakukan pertaruhan boleh memilih pelbagai meja yang menawarkan had taruhan mengikut kemampuan mereka.
Pusat kasino ini juga dikawal dengan ketat 24 jam seminggu oleh pegawai keselamatan yang terlatih. Individu yang berusia di bawah 21 tahun tidak akan dibenarkan mengunjungi premis kasino ini. Malah, sesiapa yang menjejakkan kaki ke dalam kasino tidak dibenarkan untuk merakam atau menggunakan telefon pintar untuk mengambil sebarang gambar.
Pilihan hotel utama pengunjung yang ingin melakukan pertaruhan di Genting Kasino ialah First World Hotel. Jika pengunjung adalah ahli berdaftar Resorts World Genting, mereka boleh mendapatkan potongan harga yang ada ditawarkan dari masa ke semasa. Jika tidak, pengunjung juga boleh menggunakan laman web Agoda untuk melakukan tempahan hotel dengan harga yang sangat berpatutan.