180 rak baju, seluar terpakai disita

180 rak baju, seluar terpakai disita

Sebuah kedai milik seorang peniaga menjual pakaian terpakai di Teluk Pulai diserbu penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama agensi kerajaan kerana didapati berniaga secara haram sejak setahun lalu.

Sebuah kedai milik seorang peniaga menjual pakaian terpakai di Teluk Pulai diserbu penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama agensi kerajaan kerana didapati berniaga secara haram sejak setahun lalu.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Penolong pegawai persekitaran kanan MPK, Mazlan Abdul Ghani berkata hasil serbuan itu, pihaknya telah berjaya menyita kira-kira 180 rak baju dan seluar terpakai.

” Kita mendapati peniaga tersebut tidak mempunyai lesen perniagaan serta menjalankan aktiviti secara haram di atas tanah milik kerajaan.

” Tindakan diambil pihak berkuasa tempatan jabatan pelesenan dibawah Undang-Undang kecil 3 penjaja MPK 2007 dan kompaun RM 2,000 ke atas peniaga terbabit,” katanya yang mengetuai operasi bundle haram kepada pemberita, hari ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Operasi bersama itu melibatkan kira-kira 50 anggota dari Pejabat Tanah Daerah Klang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, beliau menasihatkan peniaga menjual pakaian terpakai di sekitar Klang memohon lesen sah dan berniaga di tempat dibenarkan.

” Kita sentiasa mengadakan operasi untuk memantau peniaga dari masa ke semasa,” ujarnya.