Pasukan Malaysia membanggakan

Pasukan Malaysia membanggakan

Jurulatih Ong Kim Swee menyifatkan sikap positif dan dedikasi para pemain sebagai kekuatan pasukan pilihan Malaysia
menentang Kelab Liga Inggeris Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Jurulatih Ong Kim Swee menyifatkan sikap positif dan dedikasi para pemain sebagai kekuatan pasukan pilihan Malaysia
menentang Kelab Liga Inggeris Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Meskipun tewas 0-1, Ong berkata pemain telah menunjukkan persembahan yang membanggakan dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari semasa latihan.

“Mereka turun tanpa tekanan dan dengan bantuan sembilan pemain senior yang berpengalaman mereka berjaya mengikat kedudukan 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

“Hasil kedudukan itu, pada separuh masa kedua para pemain percaya mereka boleh melakukan ‘upset’ namun akhirnya keputusan memihak pada Chelsea,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan yang disaksikan lebih 80,000 orang penonton itu.

See also  Carlsberg Golf Classic wraps up 31st edition with thrilling finale

Gol Chelsea yang dijaringkan penyerang Didier Drogba pada minit ke-78, menimbulkan kontroversi apabila bola kelihatan tidak mencecah garisan gawang gol pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun, keputusan penjaga garisan M.Sivanesan akhirnya memihak kepada pasukan ‘The Blues’ itu.

Sementara itu pengurus Chelsea Luis Andre Villas Boas memuji persembahan pemain Malaysia terutamanya penjaga gol Mohd Farizal Marlias yang mempamerkan kualiti permainan yang hebat.

“Kami dapat beberapa peluang baik, namun akhirnya penjaga gol mempamerkan persambahan mantap,” katanya.

Meskipun dua penyerang pasukan itu Fernando Torres dan Drogba gagal memanfaatkan banyak peluang di hadapan pintu gol Malaysia, Luis Andre berkata beliau tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhan anak buahnya.

See also  Garmin Run Asia 2024 sees record 12,000 participants

“Apa yang penting dalam Jelajah Asia ini ialah bagi para pemain dapat merasakan semangat bermain dalam satu pasukan mantap di samping mencapai objektif latihan,” katanya.

– Bernama