Shahrizat bidas Kelas Isteri Taat keliru peranan isteri

Shahrizat bidas Kelas Isteri Taat keliru peranan isteri

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyelar Kelab Isteri Taat atas kenyataan yang mengelirukan mengenai peranan isteri dalam Islam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyelar Kelab Isteri Taat atas kenyataan yang mengelirukan mengenai peranan isteri dalam Islam.

“Apa yang disarankan kelab itu tidak mencerminkan kedudukan serta tidak menepati kehendak majoriti kaum wanita di negara ini,” katanya kepada pemberita.

Katanya sebagai sebuah kelab yang disertai wanita Islam, kenyataan yang dikeluarkan penerajunya itu juga boleh menimbulkan tanggapan negatif negara asing terhadap kedudukan wanita di negara ini.

“Kita sebagai pemimpin yang beragama Islam seharusnya berhati-hati ketika mengutarakan sesuatu pendapat (tentang hukum Islam) kerana ia akan memberi pandangan yang mengelirukan (sekiranya disalah tafsir),” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden kelab itu Dr Rohaya Mohamed yang baru-baru ini menyarankan kepada golongan isteri agar patuh dan memberi layanan seperti ‘pelacur kelas pertama’ kepada suami.

See also  AWS skills to jobs tech alliance launches in Malaysia

Mengulas mengenai laporan sebuah akhbar bahawa wanita berumur bawah 30 tahun rela berpoligami, Shahrizat berkata ia satu laporan yang tidak tepat.

“Rata-rata golongan ini tidak bersetuju untuk berpoligami kerana kebanyakan mereka ini berpendidikan dan berkerjaya,” katanya.

Beliau juga menegaskan kementeriannya tidak menggalakkan poligami pada kalangan institusi keluarga Islam di negara ini kerana tidak semua kaum lelaki memahami syarat hidup berpoligami.

“Kita memahami dan menerima hukum Islam yang membolehkan poligami tetapi dalam berpoligami si suami perlu mengetahui syarat yang harus dipraktiskan dan bukan menganggapnya sebagai satu hak,” katanya.

– Bernama