Pelancaran aktiviti budaya di Kuil

KLANG – Upacara ini telah menarik perhatian lebih dari 200 kanak-kanak, 150 belia dan 200 orang dewasa untuk mengambil bahagian dan memberi sokongan yang bagi kejayaan majlis ini.

Kuil Raja Rajeswari di Sentosa Klang telah melancarkan laman web dan setem kuil pada 15 April 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh ADUN Andalas Dr Xavier Jayakumar. Pada hari ini pihak jawatankuasa kuil telah mengadakan persembahan dan pertandingan pelbagai aktiviti budaya seperti pertunjukkan silambam, tarian baratanatiyam, permainan pallangkuli(congkak), ottai ratthai, membuat kalungan bunga dan mewarna.

Majlis budaya telah dirasmikan oleh Dr Xavier Jayakumar, ADUN Andalas

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Pelancaran Setem Pertama Kuil

Kanak-kanak telah menyertai pertandingan mewarna dan melukis
Upacara ini telah menarik perhatian lebih dari 200 kanak-kanak, 150 belia dan 200 orang dewasa untuk mengambil bahagian dan memberi sokongan yang bagi kejayaan majlis ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Di samping itu acara-acara tradisional seperti pemecahan periuk, kili Paari, Kaunda kaudi, sadu-gudu, tarik tari dan kerusi muzik juga telah memeriahkan majlis ini.

See also  Bharatanatyam maestro Shanmuga Sundaram to perform at Sutra House

Pertandingan Pallangkulli(Congkak)
Mengikut Setiausaha Kuil, Manogaran, pihak kuil mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri Selangor bagi menjayakan aktiviti-aktiviti dikuil ini yang sememangnya memberi manfaat yang tinggi dalam pembangunan masyarakat india disekitar kawasan Sentosa Klang.
Menurut beliau kuil bukan sahaja memainkan peranan sebagai tempat menunaikan ibadah pemujaan tetapi kini ia merupakan satu institusi yang akan membentuk hala tuju masyarakat india. Beliau bangga kerana kuil Raja Rajeswari adalah satu-satunya kuil yang telah melancarkan laman web dan setemnya yang diharapkan akan digunakan sepenuhnya oleh semua masyarakat india bagi tujuan berkongsi informasi dan pembentukan salsiah seseorang individu. Beliau bersyukur kerana wang yang didermakan oleh kerajaan negeri dapat dimanfaatkan dengan baik bagi pembangunan masyarakat india.

See also  Blues Gang set to headline 10-hour Penang blues festival

Pertandingan Ottai Rattai yang menarik perhatian orang ramai
Kuil harus memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan mengembalikan aktiviti-aktiviti berbentuk budaya dalam menangani pelbagai masalah sosial yang kini menular dikalangan remaja dan keluarga. Aktiviti-aktiviti yang kurang sihat ini dapat dikurangkan sekiranya remaja-remaja didedahkan dengan tugasan yang memberi manfaat kepada minda dan fizikal mereka, kata Ravi salah seorang urusetia serta sukarelawan yang membangunkan laman web kuil ini.

Sesiapa yang ingin mengetahui lanjut berkenaan kuil ini serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kuil ini bolehlah melayari laman web http://www.srirajarajeswaritemple.com/
Majlis penutupan telah dilakukan oleh Ganesan, wakil Hindu Sangam Malaysia Selangor dengan acara penyampaian hadiah dan jamuan makan tengahari.

Rajeswari