MTUC:Akan terus berjuang

MTUC bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan hari ini, 2hb Disember telah  berjaya  mengadakan perhimpunan Pemimpin Kesatuan bagi membantah undang-undang buruh  di dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam, Selangor. Perhimpunan selama dua jam itu telah dihadiri oleh lebih dari 1000 pemimpin-pemimpin kesatuan , ahli-ahli Kesatuan dan orang  ramai. En. Gopal, Pengerusi MTUC menyatakan bahawa tindakan susulan akan terus diambil selagi pindaan ini tidak ditarik balik.

 

Perhimpunan ini telah berjaya dianjurkan sebagai tindakan susulan dari beberapa aktiviti terawal untuk membantah terhadap pindaan Akta Kerja 1955.  MTUC telah mengadakan Forum umum di Dewan TWU Petaling, perhimpunan di Perkarangan Parlimen, Perhimpunan di Pejabat Menteri dan diikuti dengan Piket Kebangsaan pada 3hb November 2011 di seluruh negara dan kini merupakan Perhimpunan Khas bagi memberi kesedaran kepada ahli-ahli betapa buruknya pindaan ini kepada semua kaum pekerja dan generasi akan datang.

 

Isu utama yang diutarakan oleh kesemua pemimpin yang berucap ialah pindaan ini terutamanya ‘kontraktor tenaga kerja’  akan menyebabkan pekerja-pekerja tempatan  ditindas dan dianiaya oleh kontraktor apatah lagi Pekerja-pekerja yang bekerja di bawah sistem ini tidak lagi akan menikmati sebarang faedah atau tiada jaminan pekerjaan. Ini sudah tentunya memberi ruang kepada kemasukkan dan perlambakan pekerja Asing di negara ini. Secara tidak langsung tidak lagi akan wujud kesatuan di negara ini. Ini adalah salah satu taktik yang akan digunakan untuk memusnahkan atau menghancurkan kewujudan kesatuan di negara ini.

 

Turut hadir untuk memberi sokongan kepada rungutan kesatuan ialah YB Abdullah Sani dan YB Zuraidah di samping beberapa Pemimpin mantan MTUC Sdr. Poniah dan Syed Shahir.

 

Apa kata-kata pemimpin pada perhimpunan ialah-

Mohd Khalid Atan, Presiden MTUC-Kontraktor tenaga kerja  ini tidak harus dibenarkan kerana ia mengabaikan jaminan pekerjaan terhadap kaum pekerja dan memberi keutamaan kepada pihak ketiga untuk menikmati keuntungan.

 

Abdul Halim Mansor, Setiausaha Agung-Pindaan ini akan menyebabkan terkuburnya Perlindungan Pekerja, Oleh itu perang saraf perlu diteruskan bagi memberi perlindungan kepada 5.4 juta pekerja yang merupakan pencarum aktif dalam KWSP.

 

YB Abdullah Sani,-pindaan ini benar-benar menunjukkan sikap pemerintah yang tidak  mahukan kesatuan sekerja wujud di negara ini dan menyifatkan undang-undang sial dan celaka. Beliau juga meminta supaya Kesatuan Keselamatan membuat laporan polis kerana keengganan majikan menurut perintah menteri untuk memberi gaji minima kepada pekerja-pekerja keselamatan yang telah diluluskan oleh kerajaan.

 

Mohd Roszeli, Naib Presiden MTUC/ TNB Jounior- Menyeru agar pemimpin-pemimpin sedar dan bangkit dalam pilihanraya akan datang sekiranya pindaan ini tidak ditarik balik.

 

Syed Shahir, Mantan MTUC-Menyifatkan Akta ini sebagai akta yang zalim yang boleh menindas kaum pekerja justeru tidak akan wujud kesatuan lagi.

 

Balasubramaniam Naib Presiden MTUC- Pindaan akan memberi keutamaan kepada pekerja Asing dari pekerja tempatan yang menyebabkan pekerja tempatan menderita dan tertindas.

 

Zainuddin-kesatuan Pekerja-pekerja Pengawal Keselamatan berkongsi kisah benar dari pengamalan sistem kontraktor tenaga kerja dimana pekerja tidak diberi keadilan langsung oleh majikan, kerajaan dan pihak kontraktor.

Spiritual classes at Temple

Kelas keagamaan di Kuil

Temple atau Kuil akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan aktiviti sosial dengan sumber kewangan yang diperolehi dari kerajaan atau rakyat bagi kepentingan semua insan. Itulah kata-kata yang diluahkan oleh Pengerusi Jawatan kuasa Pendidikan Kuil Sri Raja Rajeswari, Encik Ravichandran. Beliau telah merangka satu modul bagi membantu kanak-kanak memperdalami aspek keagamaan yang dianggap amat penting bagi perkembangan insaniah dan kemantapan diri seseorang individu.


Bagi peringkat permulaan kelas keagamaan ini diberi fokus kepada kanak kanak di dalam lingkungan umur 4-7 tahun untuk mendalami kaedah-kaedah melakukan upacara keagamaan dan mengenali dan memahami elemen-elemen di kuil.


Aktiviti ini yang telah dijadualkan setiap hari Sabtu pagi selama 2 hingga 3 jam ini telah mendapat perhatian dan sokongan dari masyarakat disekeliling termasuk ibu bapa dan guru-guru untuk mengambil bahagian. Pelbagai acara telah di aturkan oleh pengelolanya Encik Ravichandran seperti mewarna, upacara sembahyang, pertunjukkan slide, dan sebagainya yang sememangnya amat menarik minat kanak-kanak.


Pengerusi Jawatankuasa Kuil Encik Palaiya, menyatakan aktiviti sedemikian akan dilanjutkan kepada golongan remaja dan golongan muda supaya memberi manfaat yang berguna dalam menangani masalah sosial.
Ibubapa juga telah turut bersama kanak-kanak ini sehingga ke pengujung aktiviti.

Bantuan Pendidikan

Majlis penyampaian bantuan pendidikan kepada pelajar-pelajar kurang mampu telah diadakan selama dua hari pada 29-30hb Oktober 2011 di Wisma Teng Chin, Klang. Majlis ini telah dianjurkan oleh Yayasan Tzu Chi Selangor-cawangan Klang.

Lebih dari 4000 peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar(penerima bantuan), ibubapa dan guru-guru telah menyertai majlis yang penuh bermakna dan bersejarah ini. Seramai 2000 pelajar dari 127 sekolah telah menerima bantuan pendidikan ini.  Bantuan ini diberi kepada semua murid yang layak tanpa mengira bangsa dan agama dari sekolah-sekolah di sekitar Klang merangkumi Banting, Pulau Carey, Pandaraman, Meru, Kapar, Setia Alam, Tangjung Sepat, Pelabuhan Klang, Jenjarum, Sepang, Dengkil, Sekingcang dan Kuala Selangor.

Bantuan pendidikan sebanyak RM200 berserta barangan keperluan sekolah seperti kasut, pakaian dan peralatan sekolah telah diedarkan pada hari tersebut. Pihak penganjur berpendapat bahawa bantuan ini amat berguna terutama kepada keluarga yang menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan dan memberi keceriaan diwajah kanak-kanak yang benar-benar berkeinginan untuk menerima pakaian dan kasut baru yang tidak mampu diberikan oleh keluarga mereka, apatah bagi seseorang ibu tunggal yang menyara hidup dengan kerja sambilan sebagai pencuci klinik untuk menyara empat hingga lima orang anak yang bersekolah.

Sukarelawan dan sukarelawati yang telah bertungkus-lumus bertugas menguruskan upacara ini berasa sungguh gembira melihat kecerian diwajah ibubapa dan murid sekolah pada hari tersebut walapun terpaksa bertugas seawal pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam bagi melakukan penyediaan bagi memastikan majlis berlangsung dengan teratur.


Majlis juga telah diserikan dengan pelbagai persembahan dan tayangan drama yang memberi pendedahan kepada kepentingan pendidikan, kepentingan penjagaan alam sekitar dan kepentingan menghormati dan menghargai jasa ibubapa serta guru untuk menjadi seorang insan yang berguna.

Pedoman yang dijadikan iktibar:  Ilmu adalah harta yang tiada nilai

berikan seberapa banyak ilmu kepada anak-anak anda;

syurga adalah di tapak kaki ibu

hormati dan hargai jasa ibubapa

Majlis amal Deepavali bersama warga emas

Satu majlis amal sempena sambutan Deepavali telah dianjurkan oleh Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi di Rumah Kebajikan Yayasan YCFU, Batu Enam Meru, Klang, baru-baru ini.

Majlis ini diadakan untuk meraikan golongan warga emas tanpa mengira bangsa dan agama.

Pengurus rumah kebajikan, Ashok Kumar berkata, beliau berasa amat bangga dan berterima kasih atas sumbangan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh sukarelawan dan sukarelawati semasa majlis tersebut.

“Wang dan kebendaan bukanlah suatu yang kekal dan boleh membahagiakan seseorang malah apa yang lebih penting ialah kasih sayang dan ia haruslah disemaikan tanpa mengira umur, bangsa, agama atau warna kulit,” ujar Ashok.

Ashok yang dahulunya merupakan seorang pengusaha baja telah mengambil keputusan

untuk menamatkan kerjayanya dan menguruskan rumah kebajikan ini dengan sepenuh masa.

Walaupun pada peringkat awal beliau menghadapi pelbagai masalah, namun kini dengan bantuan dan sokongan pelbagai pihak beliau merasakan tekanan dan bebanannya telah berkurangan.

Pada majlis amal ini sukarelawan telah menyediakan dengan pelbagai makanan masakan India seperti Nasi Biryani, Thosai dan pelbagai jenis manisan.

Navaratri celebration at Andalas Klang

The Sri Maha Mariamman Temple in Sri Andalas is celebrating Navaratri on a grand scale.

It was originally as estate temple built in 1900 and later left idle until a group of people formed a committee and built up the temple again. It was then called the Tamil Bayan Estate Temple, which later changed its name to the present Sri Maha Mariamman Temple.

This is the only Indian temple in Sri Andalas, Taman Goodwood, Klang Jaya area and more than a 1000 devotees regularly come here for worship and other activities.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=otILyudX4_4]

The temple organises a lot of activities for children and adults eg children development and yoga classes. The temple focuses not only on religious activities but also social development and empowerment programmes so that children can grow up more profoundly and more prepared to face the world. The temple regularly conducts violin, yoga, thevaram,religious and self development, monthly amavasai, monthly pournami and Bharathanatiyam classes.

Today, the temple is celebrating the 9 day Naravatri Celebration and on hand to conduct the celebration is Sivakumar Gurukal, a high priest from Southern India.
Navaratri is celebrated in honour of Divine Mother’s victory over Mahishasura.

The first three days of Navaratri worship is dedicated to Goddess Durga,
the second three days to Goddess Lakshmi
and the last three days to Goddess Saraswati.

Story and Video by
R Rajeswari
KSTan

MTUC Piket, Parlimen

MTUC Piket

Seramai 300 ahli kesatuan sekerja MTUC telah mengadakan satu piket di pintu masuk parlimen pada pukul 11.00 pagi untuk membantah pindaan undang-undang terhadap Akta Pekerjaan 1955.

Piket tersebut bertujuan mendesak menteri sumber manusia menarik balik pindaan undang-undang buruh yang menghakis hak pekerja.

Ahli-ahli MTUC mengibarkan kain rentang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pembentangan pindaan pada Akta Pekerjaan di parlimen yang masih belum dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC).

MTUC mendakwa pindaan akta tersebut “tidak menyebelahi pekerja”, “menghakis” hak mereka dan dibuat tanpa rundingan dengan kesatuan sekerja, seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Undang-undang berkaitan dengan isu buruh sepatutnya dibincangkan secara terperinci sebelum ia dibentangkan di parliamen untuk bacaan ataupun pindaan.

NLAC adalah badan perundingan yang dianggotai oleh wakil majikan, kesatuan pekerja dan kerajaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam terlebih dahulu telah mengadakan satu perjumpaan dengan wakil MTUC yang diketuai oleh Presiden MTUC, Khalid Atan.

Khalid telah menyampaikan ketidakpuasan hati MTUC kerana pindaan rang undang-undang tersebut perlu dibincangkan secara mendalam di mesyuarat NLAC terlebih dahulu.

Berikutan daripada pertemuan ini, Subramaniam telah menyatakan bahawa rang undang-undang tersebut tidak akan dibentangkan di dalam sesi parlimen kali ini.

Khalid juga menyatakan bahawa tindakan susulan akan diambil oleh MTUC sekiranya rang undang-undang ini dibentangkan tanpa persetujuan dari NLAC.

Kira-kira 50 anggota polis mula mengawal kawasan parlimen seawal pukul 10.00 pagi. Walaubagaimanapun, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dan piket telah berlangsung tanpa sebarang gangguan.

dilaporkan oleh,
R.Rajeswari
Wartawan Masyarakat

Commemoration Day for the Death and Injured Workers

Hari Sedunia memperingati Mangsa Kematian

dan Cedera

28 April merupakan Hari Sedunia bagi memperingati  pekerja yang meninggal  dan cedera  akibat gejala yang menimpa semasa melakukan kerja.

Hari ini di sambut  di seluruh dunia  bagi memperingati jasa dan pengorbanan mereka.

Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) yang sememangnya meraikan sambutan ini setiap tahun juga tidak ketinggalan untuk melakukan sambutan tersebut pada tahun ini pada 28 April di Subang Jaya. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Ybhg Tan Sri Lee Lam Thye, presiden NIOSH.  Beberapa aktiviti susulan telah diadakan seperti penyalaan lilin, pembacaan ikrar, ceramah kesihatan dan sebagainya.

Lebih dari 150 ahli kesatuan dari pelbagai kesatuan telah menyertai aktiviti ini bagi memberi sokongan dan mengenangkan nasib pekerja-pekerja yang malang di timpa bencana.

Tan Sri Lim menegaskan bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan(KKP) perlu di beri keutamaan oleh semua pihak termasuk majikan, kesatuan, kerajaan dan pekerja.    KKP perlu dijadikan sebagai budaya bukan setakat keutamaan dalam memaparkan tanda dan papan-papan yang dijadikan sebagai tontonan sahaja. Pengamalan dan perlaksanaan KKP amat penting terutamanya di tempat kerja supaya gejala-gejala ini dapat dihindarkan.

Memperbudayakan KKP di tempat kerja boleh menjurus kepada kemalangan sifar di tempat kerja seperti mana yang diamalkan oleh negara-negara Scandinavia.

Pekerja berhak untuk menikmati keadaan tempat kerja yang selamat dan aman malah ia menjadi tanggungjawab majikan untuk mewujudkan persekitaran tersebut.

Tema bagi tahun ini ialah sistem berterusan KPP sebagai satu alat pembaikkan yang boleh mencegah dan mencapai keselamatan dan kesihatan baik di tempat kerja.

Rakaman video: R.Rajeswari, Wartawan Masyarakat

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=omtMJV_LLms]

Sambutan Hari Pekerja

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=TdFZ0inZq0I]

MTUC bahagian Selangor hari ini telah mengadakan sambutan Hari Pekerja 2011 di Subang Jaya Selangor. Lebih kurang 400 ahli telah mengambil bahagian dalam upacara yang penuh bersejarah ini.

Turut hadir ialah mantan MTUC Sdr. Syed Shahir dan G. Rajasekaran bagi memberi sokongan mereka terhadap perayaan yang signifikan dan di sambut diseluruh dunia bagi mengenangkan jasa dan pengorbanan kaum pekerja.

Mesej utama bagi sambutan pada tahun ini ialah agar
*akta gaji minima dilaksanakan;
*waktu kerja dijadikan 40 jam seminggu;
*umur pesaraan dilanjutkan kepada 60 tahun;
*pusat penjagaan kanak-kanak diwajibkan;
*menghapuskan sistem kontak atau penyumber luaran.

Rakaman video:R.Rajeswari, Wartawan Masyarakat Malaysiakini

MTUC celebrates IWD 2011

International Women’s Day, 100 Years Anniversary

International Women’s Day, 100 Years Anniversary was celebrated by MTUC women’s committee  together with BWI(Building and Wood Workers’ International) and PSI (Public Services International) at Kelab Golf Negara Subang Selangor on the 8th March 2011. More than 200 members participated with the theme of:

“Healthy Women, Healthy Nation”.

Among the activities been carried out:

  • Talk on Heart Disease in Women by Dr Haizal Haron Kamar
  • Talk on Obesity among women by Mr Hagdev Sigh
  • Talk on Maternity Protection by Sis Kang Bee Leng
  • CPR Demonstration by University Malaya Medical Centre team
  • Cake cutting ceremony
  • Speech by Women’s leaders
  • Video/montage

This year is the 100th anniversary of Internatioanl Women’s Day. In March 1911 over a million women and men in Austria, Germany, Denmark and Switzerland came together to mark the first International Women’s Day. It was a remarkable display of solidarity for those fighting discrimination and campaigning for the most basic of women’s rights- to vote, to work and to be elected to public office.

March 8 is now an important date on the global calendar. Thousands of events are held annually throughout the world to celebrate the many achievements of women and the victories they have won over the years-from leading governments to gaining labour rights for domestic workers.

Persidangan Perwakilan MTUC (TDC) 2010

Persidangan Perwakilan MTUC (TDC) 2010

Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia telah mengadakan Persidangan Perwakilan(TDC) pada 28-29 Disember 2010. Persidangan tiga tahun sekali ini telah dihadiri lebih 600 ahli perwakilan yang 400 pemerhati.

Persidangan ini telah membicarakan beberapa usul dan cadangan bagi dijalankan oleh barisan pemimpin baru sepanjang tempoh masa 2011-2013.

Barisan pemimpin baru ini diterajui oleh:
Presiden
Sdra. Mohd Khalid bin Hj Atan (TEU)

Timbalan Presiden
Sdra. Mohd Jafar bin Abd Majid (NUTE)

Setiausaha Agung
Sdra. Abdul Halim bin Mansor (NUPCIW)

Timbalan Setiausaha Agung
Sdra. Samuel Devadasan (MTSU)

Setiausaha Kewangan
Sdra. Awang Ibrahim (UBIW)

Timbalan Setiausaha Kewangan
Sdra.. Jimmy Tong Yee Shen (AMCO)

Vice President (Bahagian Wanita)
Sdri. Siti Bt Hj Mahfudz (PPUM)

Naib Presiden (Bahagian belia)
Sdra. Mohd Faisal bin Abu Bakar (PERODUA)

dan
5 wakil Naib Presiden untuk sektor swasta,
3 wakil Naib Presiden untuk badan-badan berkanun,
3 wakil Naib Presiden untuk sektor awam

Next Page »

replica handbags,louis vuitton handbags,chanel handbags,gucci handbags,designer replica handbags,replica louis vuitton handbags,fake designer handbags,replica designer handbags,knock off designer handbags,replica designer bags,replica fendi handbags,Louis Vuitton,gucci handbags,chanel bags.
replica handbags,louis vuitton handbags,chanel handbags,gucci handbags,designer replica handbags,replica louis vuitton handbags,fake designer handbags,replica designer handbags,knock off designer handbags,replica designer bags,replica fendi handbags,Louis Vuitton,gucci handbags,chanel bags.