Golongan belia adalah aset yang paling berharga

Golongan belia adalah aset yang paling berharga

Belia masa kini harus juga mempunyai tata susila, akhlak dan sikap terpuji untuk meyakinkan masyarakat. Apabila semua itu dapat dipraktikkan, secara tidak langsung akan wujud tanggungjawab membela maruah agama, bangsa dan negara

Golongan belia merupakan aset negara yang paling berharga kerana mereka adalah golongan pelapis yang akan meneruskan kepimpinan negara di masa hadapan.

Menyedari hakikat tersebut, pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Japlin Akim berkata, bagi mencapai tujuan tersebut golongan belia harus mendekatkan diri dengan kegiatan yang berfaedah.

Japlin berkata, ” Antaranya golongan belia boleh menyertai pertubuhan khusus untuk mereka dan dapat menyalurkan pandangan bernas demi kepentingan komuniti yang mereka wakili.”

“Secara tidak langsung, mereka mampu mengikis tanggapan negatif pihak tertentu kerana gejala berkenaan sering dikaitkan dengan golongan belia,” katanya ketika mewakili Ketua Menteri merasmikan Pertandingan Ragbi Pemuda Umno Sabah 10 Sebelah 2011 di Padang Sukma, Jalan Tuaran, kelmarin.

See also  'Road to GM' initiative launched to cultivate Malaysia's first chess Grandmaster

Japlin yang juga Adun Usukan berkata, kerajaan amat memerlukan golongan belia yang berfikiran kritis dan kreatif dalam usaha menggemilangkan negara seterusnya mengekalkan gaya kepemimpinan terpuji.

“Belia masa kini harus juga mempunyai tata susila, akhlak dan sikap terpuji untuk meyakinkan masyarakat. Apabila semua itu dapat dipraktikkan, secara tidak langsung akan wujud tanggungjawab membela maruah agama, bangsa dan negara,” ujar beliau lagi.

Pasukan-pasukan yang bertanding adalah Pemuda UMNO bahagian Sabah antarnya Pemuda UMNO Putatan, Penampang, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Sipitang, Sepanggar, Kota Kinabalu, Kimanis, Keningau, Kinabatangan dan Kalabakan.

Selain itu, UMS A dan B, Sekolah Teknik Tawau A dan B, Gunsanad, St.Micheal A dan B KK Shark dan Kinabutan juga turut bertanding bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

See also  Sivasangari awarded special prize money for London Classic win

Dalam kejohanan itu Pemuda UMNO Penampang menjadi juara diertai oleh Pemuda UMNO Sandakan sebagai naib johan.

Turut hadir sama Ketua Pemuda UMNO Sabah, Haji Awang Kadin Tang (Sandakan), Ketua Pemuda UMNO Kota Kinabalu, Bahrul Redza Chuprat, Shahelmey Yahya (Putatan), Mohd Joh Hj Wid (Sepanggar), Mohd Hafiz Sua (Penampang), dan Pengerusi  Biro Belia dan Sukan Pemuda UMNO Sabah, Matmin Etin.

Gary Louis Supi