Operasi bersepadu tingkatkan kebersihan di Klang

Operasi bersepadu tingkatkan kebersihan di Klang

Tindakan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu akan diperhebatkan dari masa ke semasa terutama dalam aspek kebersihan khususnya di daerah Klang.

Tindakan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu akan diperhebatkan dari masa ke semasa terutama dalam aspek kebersihan khususnya di daerah Klang.

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mislan Tugiu berkata,antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Alam Sekitar (JAS),Pelesenan,Penguatkuasa dan Kesihatan serta beberapa jabatan lain dalam usaha memastikan kesejahteraan warga Klang sentiasa terjamin.

Menurutnya, isu sampah merupakan perkara yang sering diberi perhatian dan pihaknya telah mengenakan 100 kompaun bagi tiga bulan pertama tahun ini.

“Selain daripada penguatkuasaan,majlis juga sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa bagi menangani isu sampah di sini.

“Malah pada masa yang sama,kita juga mengharapkan kerjasama daripada orang ramai untuk sama-sama menjaga kebersihan di kawasan masing-masing,” katanya.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Bulanan bertempat di Bangunan MPK di sini, semalam.

Hadir sama ialah Setiausaha MPK, Ikhsan Mukri,ahli-ahli majlis,ketua-ketua jabatan,wakil agensi dan jabatan yang terlibat.

Sementara itu,Mislan berkata, pihaknya membuat penambahan sebanyak 237 tong sampah sekitar bandar dan kesemuanya kini berjumlah 487 buah di situ.

Menurutnya, majlis juga komited dalam operasi pembersihan dengan melakukan kutipan pada waktu siang sementara Alam Flora membuat pungutan sampah di waktu malam di setiap kawasan.

“Majlis akan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Pembuangan Sampah,Pemungutan Dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007 iaitu denda RM 10 serta merta bagi mereka yang membuang sampah merata-rata.

“Selain penguatkuasaan, MPK juga akan mengadakan kempen dari masa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk untuk menghargai kebersihan di sekeliling mereka,” katanya.

See also  CAP calls for shorter hours for eateries to combat obesity