Amaran laut bergelora di perairan Sandakan dan Sulu

Amaran laut bergelora di perairan Sandakan dan Sulu

Jabatan Meteorologi memberi amaran keadaan laut bergelora dengan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Sandakan dan Sulu.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka akan berterusan sehingga hari ini, 29hb Mac, di perairan Sandakan dan Sulu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menegaskan bahawa keadaan tersebut adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, untuk kegiatan rekreasi serta aktiviti sukan laut.
Oleh itu, orang ramai yang terlibat dengan aktiviti di kawasan-kawasan terbabit dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

 

Gary Louis Supi