Mesyuarat agung tahunan UMNO Labuan bermula

Mesyuarat agung tahunan UMNO Labuan bermula

UMNO cawangan Pantai Labuan telah mengadakan mesyuarat agung tahun 2011 di Pejabat UMNO cawangan Pantai, Bangunan ISRO, Kampung Pantai, petang semalam.

UMNO cawangan Pantai Labuan telah mengadakan mesyuarat agung tahun 2011 di Pejabat UMNO cawangan Pantai, Bangunan ISRO, Kampung Pantai, petang semalam.

Mesyuarat agung tahunan ini diadakan mengikut peruntukkan pendaftar pertubuhan seperti yang telah ditentukan.

Seramai 80 orang ahli UMNO cawangan Pantai telah menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini.

Menurut setiausaha UMNO bahagian Labuan merangkap Ketua Cawangan UMNO Pantai, Rozman Datuk Hj. Isli, mesyuarat yang diadakan ini adalah mesyuarat cawangan pertama dari 30 cawangan yang ada di Labuan ini setelah perasmian untuk mengadakan mesyuarat tahunan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Hj. Yusuff Mahal minggu lalu.

Sebelum mesyuarat agung ini berlangsung, sayap UMNO cawangan Pantai yang terdiri daripada Pemuda, Puteri dan Wanita telah mengadakan mesyuarat agung masing-masing di lokasi yang sama.

Semasa ucapan aluan pada mesyuarat ini, ketua cawangan UMNO Pantai, menyatakan rasa bangganya akan semangat perjuangan yang masih utuh di kalangan ahli dari cawangan ini.

Beliau juga mengingatkan kepada ahli dan juga kaum keluarga mereka yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi untuk berbuat demikian secepatnya sebelum pilihanraya umum.

Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh pemangku ketua bahagian UMNO Labuan, Yunus Kurus.

Bekas ketua bahagian UMNO Labuan dan juga bekas ketua cawangan UMNO Pantai, Labuan semasa mengulung perbahasan menyatakan kepada semua ahli-ahli yang hadir untuk terus menyemarakkan semangat perjuangan bangsa Melayu, agar tidak luntur dimamah isu-isu yang tidak penting.

Beliau juga menegaskan agar hala tuju perjuangan setiap ahli tidak lari dari matlamat perjuangan parti bukan untuk kepentingan diri. Memperjuangkan hak pemilikan hartanah anak jati Labuan, peluang pekerjaan yang semakin dirampas oleh orang luar dan semarakkan perpaduan sesama ahli harus menjadi keutamaan.

 

UMNO cawangan Pantai Labuan telah mengadakan mesyuarat agung tahun 2011 di Pejabat UMNO cawangan Pantai, Bangunan ISRO, Kampung Pantai, petang semalam.

Ridzuan